Saturday, March 20, 2010

Antara Pengkhianatan dan Pembohongan

A) Pengkhianatan Zahrain

Terkejut beruk! Tak sangka si Zahrain akan bertindak sedemikian rupa. Habis dilondehnya rahsia PKR. Bersorak sakan orang2 UMNO menyambut pembongkaran Zahrain itu. Merah padam muka DSAI sampai angkat kaki keluar dewan. Jahat sungguh si Zahrain! Dia sanggup menggunakan parlimen untuk membalas dendam kepada DSAI dan PKR. Bukankah seorang muslim itu dituntut untuk menjaga air muka muslim yang lain? Kalau benarpun dakwaan Zahrain itu, apa salahnya berbincang di dalam parti dan selesaikannya secara baik? Atau, mungkin boleh guna cara lain misalnya blog atau media untuk membuat penjelasan. Ah, serupa sahaja akhlak PKR dengan UMNO. Masing2 mengamalkan politik yang menghalalkan cara ciptaan yahudi. Sanggup berbuat apa sahaja demi cita2 politik.

B) Penipuan Anwar

Dahulu saya memang penyokong setia Anwar Ibrahim. Dia idola saya semenjak remaja lagi. Sy percaya dia 100%. Sy tak pernah percaya cerita2 negatif tentang dia. Namun pendedahan Zahrain itu mendorong sy untuk percaya. Memang semasa ura2 16 September 2008, kita telah menerima khabar angin kononnya YDPA telah perkenan Anwar jadi PM, ATM menyokong 16 September, beberapa AP BN akan melompat ke PR dan sebagainya. Khabar2 angin itu bukan datangnya dari UMNO tetapi dari PKR sendiri.

Sy pada ketika itu sangat teruja untuk melihat Anwar menjadi PM. Malahan ada seorang forumer TKO sanggup bertaruh untuk berbogel sekiranya agenda 16 September itu tidak tercapai. Begitulah yakinnya penyokong2 Anwar terhadap janji2 Anwar itu. Namun hasilnya kosong! Sebelum itu, kita telah diingatkan oleh Cikgu Pa (PAS) bahawa 16 September tidak akan menjadi kenyataan kerana sidang parlimen tidak berlaku pada tarikh tersebut. Sebaliknya ingatan ikhlas Cikgu Pa itu dikecam hebat oleh penyokong Anwar yang beranggapan Cikgu Pa memusuhi Anwar. Apabila 2 orang ADUN PKR dan seorang ADUN DAP melompat parti sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PR di Perak, Karpal sudah tidak boleh bersabar lagi. Dia menyalahkan Anwar dengan idea lompat partinya dan meminta Anwar bertaubat. Ketika itu juga saya masih tidak berprasangka terhadap Anwar, malah saya memarahi Karpal kerana mengkritik Anwar di media. Sehinggalah satu persatu AP PKR keluar PKR, tanpa Anwar berusaha untuk menghalang. Saya melihat ada sesuatu yang tidak kena dengan Anwar dan PKR.

Pendedahan Zahrain itu mencalarkan terus reputasi Anwar. Memang dasar orang UMNO, sampai bila2pun akan bawa tradisi UMNO itu bersama2. Kenapa Anwar tak serik2? Kenapa sanggup menggunakan cara yang tidak bermoral untuk mencapai cita2? Kenapa sanggup menipu dan memperbodohkan penyokong dan pengundi sendiri?

Allah memberi peluang kepada Anwar untuk mengubah dan memperbaiki diri. Tapi Anwar sia2kan peluang itu. Benar Anwar telah menyatu-padukan rakyat untuk menjatuhkan BN. Namun dia terlalu tamak dan terburu-buru untuk menjadi PM sehingga melakukan penipuan yang begitu ketara. Sepatutnya kelebihan yang Allah kurniakan kepadanya itu digunakan untuk melatih bakal2 pemimpin negara yang berkualiti. Nasi dah jadi bubur. Besar kemungkinan Anwar akan dipenjarakan lagi, meninggalkan PKR dengan imej yang teruk tercemar. Tanpa pewaris yang benar2 berwibawa untuk memimpin.

Saturday, March 13, 2010

Usah Fobia Dengan UMNO

Salam perpaduan.

Tidak lama dahulu PAS Reform melenting apabila Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO telah mengalami perubahan baik apabila tidak lagi menganggap agama terpisah daripada politik. Terkini, mereka menyinga lagi apabila Naib Presiden PAS, Ust. Nasharudin Mat Isa menghadiri pelancaran buku Natrah bersama Timbalan Perdana Menteri.


Mereka menolak perpaduan Melayu atas alasan ianya propaganda dan senjata sulit UMNO semata-mata. Ketakutan mereka mungkin ada asasnya kerana retorik perpaduan Melayu itu dimulakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila sokongan terhadap UMNO oleh orang melayu semakin merosot selepas pemecatan DS Anwar Ibrahim. Walau bagaimanapun, saya berharap istilah itu tidak akan menjadi fobia seterusnya menyempitkan pemikiran ke arah kebaikan bangsa Melayu dan umat Islam itu sendiri.


Buat rakan2 PAS Reform, harap sudi membaca komentar daripada seorang forumer TKO bernama stumpy ini, yang juga mewakili pandangan saya berhubung isu ini. Semoga dapat mmenghapuskan keraguan yang bersarang di hati.


Aku heran dgn extremisma dan phobia sesetengah Melayu setelah bergabung dengan PKR. PKR memanglah amat membenci UMNO kerana Ketua Umumnya dipecat dari UMNO. Dasar Perjuangan mereka bukannya bertujuan mendaulatkan kalimah Allah di bumi Malaysia. Sekarang ini mereka spt nak menabalkan DSAI sbg Perdana Menteri shj.

Kenapa phobia sangat dengan UMNO?. Jika kita lihat kemungkinan politik Malaysia ini pun, ancaman terhadap Islam itu memang ujud. Sekarang pun DAP telah menjadi majoriti, tetapi Lim Kit Siang menolak menjadi ketua untuk pilihanraya yang lagi dua tahun sahaja lagi. PR pun masa ni hanyalah sebagai pembangkang. Sekiranya Lim terima sekarang, jawatan itu mungkin memacu kejatuhan PR dalam piliharaya akan datang.

Hari ini ahli Gerakan telah mengesyorkan parti mereka keluar BN. Tidak mustahil MCA dan MIC juga tengah mempertimbangkan strategi terbaik utk mereka. Kalaulah mereka keluar selepas pilihanraya nanti dan bergabung dgn PR lalu mempunyai majoriti yang besar maka kita berpotensi berperdana menterikan Cina dengan struktur kerajaan yang jauh berbeza sekarang. Menteri pertahanan kita, Menteri Perdagangan kita mungkin AhChong dan Tong Seng. Dasar pendidikan dsb akan berubah. Apakah ini mustahil samasekali berlaku dalam senario sekarang? Pada masa itu ketua umum PKR mungkin dipenjara, pelapisnya jauh rendah kalibernya. Kalau Sabah dan Serawak menyokong PR mereka adalah kafir dan tidak ada kasihnya pada Islam.Oleh itu skarang kita play by eye and ear.

Apabila Islam terancam orang Melayu kena bersatu kerana orang Melayu adalah Islam. Sekalipun tahap Islam orang Melayu ini berbeza-beza harapan hanya pada mereka dan tidak pada orang kafir. Melayu yang khianati bangsa pun hanyalah pun setengah dari pemimpin dan pemuka UMNOshj. Orang UMNO kampung masih sayangkan Islam.

Kasihlah kamu pada PKR sekadarnya saja kerana boleh jadi satu masa nanti dia menjadi musuh kamu. Bencilah kamu pada UMNO sekadarnya saja kerana boleh jadi satu masa nanti dia menjadi sahabat kamu. Maknanya jangan extreme sangat.

Apa salah YB Nasa pergi majlis perasmian buku Fatini Yaacob. Mottonya perpaduan Melayu. Adakah kita umat Islam anti perpaduan Melayu, oleh itu jangan samasekali menjejakkan kaki kesana?... Kita tunjukkan kita bukan anti perpaduan. Majlis itupun bukan dibuat diatas platform UMNO.

Ayat dlm artikel itu semuanya ayat Fatini, bukan ayat PAS . Kalau dia sebut bab kerajaan perpaduan pun itu cakap dia, kenapa perlu tanya artikel itu karut atau tidak?

PKR mempunyai sejarah kebencian kpd UMNO yang berbeza dengan jamaah Islam PAS dan PKR bukanlah rujukan PAS dalam menentukan aktiviti dan pendirian. PKR tentang sebat, PAS tetap sokong sebat malahan minta prosedur dibaiki. PKR hina Islam, kau orang diam saja.

Bila mana ada anjuran kebaikan diatas pentas neutral, PAS jangan tolak tanpa alasan kukuh.

Kita bukan meninggalkan PR dengan hadir dimajlis itu. Kalau mereka tuduh mengkhianati kesepakatan dengan maksud nak kontrol apa yang boleh dan apa yang tidak, kita jangan duduk bawah telunjuk dan pressure mereka.

Friday, March 12, 2010

Manipulasi Blog Zulkifli


Sekurang2nya 2 artikel yang di siarkan di Tranungkite Online telah dikesan memanipulasikan tulisan dalam blog Zulkifli Nordin bagi tujuan menimbulkan kebencian dan persepsi negative pembaca terhadap YB Zulkifli Nordin. Kedua2 artikel yang ditulis oleh Dewa dan dilulus siar oleh TKO itu bertajuk Zulkifli Nordin : Pembincangan Selesai dan Zulkifli Nordin : Nik Aziz tidur di celah kelangkang Lim Guan Eng.


Membaca kedua2 tajuk tersebut, pembaca akan menyangka bahawa Zulkifli Nordin telah menerima rasuah daripada UMNO dan Zulkifli Nordin telah menyatakan Nik Aziz menjadi baruah Lim Guan Eng. Sedangkan dalam tulisan asal di sini dan di sini, apa yang dimaksudkan Zulkifli Nordin bukanlah seperti tajuk tulisan Dewa itu.

Peruntukan untuk Kampung Keda Dingin itu telah diluluskan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah sejak Januari lagi. Peruntukan itu adalah untuk menjana ekonomi penduduk di kawasan tersebut dan tidak sepatutnya dilihat sebagai rasuah.

Berkaitan badut ingusan pula, ZN tidak menujukannya kepada TGNA tetapi kepada dua tiga kerat orang PAS yang melenting2 marah sambil memaki hamun ekoran pelawaan Tuan Ibrahim Tuan Man kepada YB Zulkifli Nordin. Sedangkan TGNA tidak pernah memberi komen terhadap perkara berkenaan. Oleh itu TGNA bukanlah "badut ingusan" yang dimaksudkan itu. Malah dalam tulisan tersebut, ZN telah menyatakan dengan jelas bahawa beliau menghormati pandangan Ust. Nasharuddin Tantawi, Cikgu Pa, Dr. Hatta dan lain2 ulama PAS yang tidak bersetuju beliau menyertai PAS kerana mengutamakan hubungan dengan PKR dan DAP.

Pembaca TKO sangat marah bila Utusan Malaysia memanipulasikan kenyataan Presiden dan lain2 pemimpin PAS. Dalam masa yang sama pembaca TKO menghalalkan pula artikel yang jelas memanipulasi kenyataan asal YB Zulkifli Nordin itu.

Besarlah harapan saya agar pihak TKO dapat menapis artikel berunsur fitnah, menghasut dan menyerang peribadi seperti ini pada masa akan datang. Semoga TKO lebih amanah dan bertanggungjawab dalam menyiarkan artikel di laman berkenaan.

Debat Khalid Samad dan Zulkifli Nordin


Secara peribadi saya teruja untuk mengikuti perdebatan antara YB Khalid Samad dan YB Zulkifli Nordin berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian. Ini adalah kerana kita dapat mendengar hujah daripada kedua2 tokoh berkenaan berhubung isu tersebut seterusnya menilai semula persepsi terhadap kedua2nya.

Namun setelah difikir2kan semula, saya berpendapat pelawaan debat itu hanya akan mengundang implikasi negative kepada PAS.


1. Rakyat akan melihat bahawa KS / PAS mewakili Kristian manakala ZN mewakili Islam. Sedangkan paderi besar Kristian sendiri pun tidak pernah mencabar ZN untuk berdebat mengenai isu itu.

2. KS adalah seorang jurutera manakala ZN adalah seorang peguam yang dilatih untuk berdebat. Di atas kertas, peluang KS untuk menundukkan ZN adalah tipis dan jika ini berlaku akan mengaibkan PAS serta memberi peluru kepada musuh untuk menyerang habis-habisan.

3. Pendirian ZN berhubung isu tersebut adalah senada dengan UMNO. Hujah2 ZN dalam perdebatan itu nanti akan digunakan oleh media2 UMNO untuk mempengaruhi rakyat bahawa PAS sudah lari dari landasan perjuangan asalnya semenjak bekerjasama dengan PKR dan DAP.

4. Dalam kalangan pemimpin PAS sendiri ada yang tidak bersetuju Kristian menggunakan kalimah Allah. Ust. Taib Azamudin terlebih dahulu menyanggah KS di parlimen berhubung isu tersebut. Manakala Prof. Harun Din menyertai demo membantah penggunaan kalimah Allah oleh Kristian malah menjatuhkan hukum kufur kepada sesiapa yang menyokongnya. Sepatutnya KS patut berdebat dahulu dengan 2 tokoh ulama PAS ini terlebih dahulu sebelum menyerang orang di luar parti.

PKR sendiri tidak sanggup mengambil risiko untuk memenuhi tuntutan YB Zulkifli Nordin bagi menyediakan tokoh beragama Islam bagi mengadilinya. Jelas PKR takut Zulkifli akan cemerlang dalam perbicaraan itu seterusnya membantutkan usaha menyingkirkan beliau. Tetapi kalau Khalid Samad berani ambil risiko itu, teruskanlah. Saya cuma menyatakan pandangan. Baik buruknya terpulanglah kepada anda untuk memikirkannya.

Wednesday, March 10, 2010

Mahfuz = Badut Ingusan


Tergelak besar sy bila membaca n3 dlm. blog YB Zul yang menyelar mereka yang terkinja2 melenting2 konon membantah YB Zul masuk PAS, walhal YB Zul mohon pun tidak. YB Zul ibaratkan mereka2 ini sebagai badut2 ingusan. Siap letak gambar beruk lagi tu beb! Memang kenalah badut2 ingusan dengan beruk tu walaupun YB Zul cakap gambar tu tak de kena-mengena dengan badut ingusan tu.

YB Zul cakap mereka ni bab kutip derma jihad cukup hebat, tapi kalu tengok cara dema memaki hamun dan mencaci mencacai, iblis pun menangis. He he he...betul tu YB. Mmg sy sokong 100%. Tak caye boleh masuk TKO tengok cam ner akhlak badut2 ingusan dalam PAS. Manalah YB yang sorang ni belajar maki orang. Perminat blog Aduka Taruna juga kut?

YB Zul memuji cara Ust. Nasharudin Tantawi, Cikgu Pa, Dr, Hatta dan lain2 ulama yang memberikan ulasan dengan disertai hujah yang bernas tentang perkara tersebut. Padan muka Mahfuz! Mesti tergolek dog kena "Dusyum!" dengan YB Zul.

Alahai Kak Wan




Dulu, Kak Wan minta Anwar dibicarakan di mahkamah syariah ikut cara Islam.
Sekarang, Kak Wan beri hakim kristian untuk bicarakan YB Zul.

Dulu, Kak Wan kutuk ISA.
Sekarang Kak Wan jatuh hukuman tanpa bicara.

Dulu, Kak Wan pertahankan suami bila UMNO suruh kosongkan kerusi Permatang Pauh.
Sekarang, Kak Wan suruh YB Zul kosongkan kerusi BBK pula.

Apa nak jadi ni Kak Wan?

Hidup dalam dunia ni kalau kita menzalimi orang yang pernah berjasa kepada kita, Allah akan balas semasa di dunia lagi. Semoga Kak Wan tidak tergolong dalam spesis kacang lupakan kulit.

Monday, March 8, 2010

Kosongkan Kerusi - Jawapan YB Zul

Pada penulisan yang lalu, saya telah meminta Kak Wan berkata sesuatu. Kak Wan dah mula bersuara! Kak Wan suruh YB Zulkifli kosongkan kerusi. Memang jenis tak kenang budi perempuan ni. Hilang habis respect saya kepada dia. Kalau macam ni punya jawapan, baik kamu diam sajelah Kak Wan oi. Biarkan firaun2 kecil tu saje yang uruskan. Kamu duduk diam2 jaga suami kamu tu. Lagipun tak lama lagi dia dah nak masuk penjara dah. Gunalah masa yang terhad ini untuk bersama suami. Tak payah lah campur politik. Jadi lambang saje pun dah cukup. Kepada pentaksub PKR yang suruh YB Zulkifli letak jawatan, mari baca jawapan YB Zulkifli ni.

Berkaitan desakan DSWA supaya saya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Bharu kononnya atas dasar prinsip demokrasi, saya ingin menegaskan:

1. Bukan saya yang meninggalkan PKR. Sebaliknya saya dipecat walaupun sehingga saat terakhir saya masih lagi berpegang kepada prinsip supaya saya diberi peluang membela diri dihadapan panel Lembaga Disiplin yang beragama Islam kerana isunya membabitkan kalimah ALLAH. Tetapi DSWA enggan memberikan saya peluang membela diri berdasarkan prinsip keadilan sejagat dan hak asasi kemanusiaan yang kononnya diperjuangkan oleh PKR. Dan kini, setelah menzalimi saya dan menjadikan saya mangsa mainan Fir’aun-Fir’aun Kecil ini, DSWA mahukan saya mengosongkan kerusi Palrimen kononnya atas dasar prinsip demokrasi dan keadilan. Look who’s talking!?

2. Pada 02.09.1998, DSAI telah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dibuang daripada menjadi ahli UMNO. Saya tidak mendengar pun desakan oleh DSWA supaya DSAI mengosongkan kerusi beliau sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh semasa itu. Kalau DSAI tidak didesak mengosongkan kerusi kerana dipecat pada masa itu, mengapa pula DSWA kini mendesak saya berbuat perkara yang beliau sendiri tidak lakukan? Bukankah ini bukti kenyataan DSWA tersebut adalah sekadar political expediency untuk menyeronokkan Fir’aun-Fir’aun Kecil yang mengelilingi beliau!

3. Mengapa semasa ADUN Parit YB Dato’ Nasharuddin melompat ke PKR daripada UMNO DSWA tidak pula mendesak beliau mengosongkan kerusi DUN Parit atas prinsip keadilan dan demokrasi. Malahan DSWA menyatakan pada masa itu ianya adalah hak YB Dato’ Nasharuddin memilih parti mana yang ingin beliau sertai dan hak beliau untuk terus kekal sebagai ADUN Parit. Jadi saya mahu bertanya kepada DSWA, mana pergi prinsip demokrasi dan keadilan yang beliau laungkan itu, atau adakah beliau sekadar menjadi Pak pelaung Fir’aun-Fir’aun Keci itu?!

4. Semasa konspirasi 16.09 dilaksanakan, DSWA dan PKR telah menghantar YB Saifuddin Nasution, YB Elizabeth Wong dan beberapa orang lagi ke Taiwan untuk mengejar Ahli-Ahli Parlimen BN untuk memujuk mereka melompat ke PKR. Saya tidak pula mendengar DSWA bertegas menyatakan Ahli-Ahli Parlimen BN tersebut mesti mengosongkan kerusi parlimen masing-masing atas dasar dan prinsip keadilan dan demokrasi! Apakah bila untuk kepentingan sendiri semuanya halal belaka, tetapi bila terkena batang hidung sendiri semuanya haram! Apakah matlamat menghalalkan cara? Atau apakah itu sebenarnya dasar dan tembelang PKR?

5. Adalah jelas sekarang PKR sudah kehilangan majoriti di Parlimen. Kerusi Parlimen PKR tinggal 27, sebaliknya DAP mempunyai majoriti iaitu 28 kerusi dan PAS 23 kerusi. Mengikut dasar dan prinsip demokrasi, sepatutnya DSAI sudah pun meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang! PKR sudah tiada alasan politik dan demokrasi untuk terus memegang jawatan Ketua Pembangkang tersebut. Jadi kalau DSWA merasakan bahawa DSAI boleh terus memegang jawatan Ketua Pembangkang walaupun bercanggah dengan prinsip keadilan dan demokrasi, mengapa pula saya tidak boleh terus memegang kerusi sebagai Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, apatah lagi saya dipilih dan diundi oleh rakyat. Biarlah rakyat yang menentukannya pada pilhanraya umum yang akan datang. Dan jika DSWA berani, marilah kita bertanding di Parlimen Kulim Bandar Bharu-satu lawan satu!

Sunday, March 7, 2010

Parti Baru YB Zul

PAS dan UMNO telah mempelawa YB Zulkifli Nordin untuk bernaung di bawah parti mereka. YB Zul pernah menyatakan kemungkinan untuk menyertai PAS dan mengatakan TIDAK untuk UMNO. Terdapat juga cadangan supaya YB Zul menubuhkan parti sendiri supaya dapat melaksanakan jenis politik yang hendak dibawa. Salah satu komen dan cadangan menarik dalam blog YB Zul adalah seperti yang ditulis oleh Muhamad Fakhrul Radzi seperti berikut :

Assalamualaikum YB Zul.

Saya tertarik dengan kata-kata YB bahawa "parti hanya wadah" dan "apa yang utama adalah apa yang saya boleh buat untuk Islam".

Saya Muhammad Fakhrul Razi bersedia bertemu dengan YB untuk berbincang menubuhkan parti baru yang akan menjadikan perjuangan Islam paling utama untuk dibela, dan hanya memperalatkan wadah kepartian untuk mencapai cita-cita itu. Tiada kecintaan pada kepartian, tapi kecintaan pada Islam paling tinggi dan tak ada tinggi lebih darinya.

Saya juga tertarik dengan matlamat YB untuk menyatukan politikus melayu-islam dengan saranan YB supaya UMNO-PAS-PKR dapat bersatu sekurang-kurangnya dalam isu pembelaan untuk Islam.

Jika kita menubuhkan parti baru, parti itu bukan mencari musuh politik, atau bersekongkol dengan kem satu pihak samada kerajaan atau pembangkang, seperti lazim setiap parti baru ditubuhkan. Tapi parti baru kita ditubuhkan dengan matlamat untuk memujuk parti-parti yang cenderung pada Islam atau ada niat untuk Islam ditegakkan bersama kita membentuk kem baru, Dengan asas pakatan itu adalam pembelaan pada Islam. Itu akan membezakan matlamat perjuangan BN atau PR yang mahu mengangkat ideologi demokrasi liberal atau rasisme, mahupun berjuang menurut kemahuan rakyat semata-mata.

Saya akan tamat belajar hujung Mac ini, saya akan berusaha menghubungi YB dengan segera selepas itu.

Wassalam.

Saturday, March 6, 2010

Akhirnya, YB Zulkifli Dipecat.

Kelmarin, YB Zulkifli Nordin telah dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat. Perasaan saya ketika menerima perkhabaran itu bercampur-campur antara sedih, marah dan kecewa. Perasaan itu sama seperti 11 tahun yang lalu bila mana DS Anwar Ibrahim ditendang keluar dari kerajaan dan UMNO. DS Anwar Ibrahim merupakan idola saya kerana beliau adalah pemimpin yang bersungguh-sungguh membela agama Islam dan bangsa Melayu. Saya berasa selamat dengan adanya pemimpin seperti beliau di dalam kerajaan.

Saya menyokong PKR pada hari penubuhannya kerana PKR dianggotai oleh kadet2 Anwar Ibrahim. Saya percaya ramai klon Anwar bakal lahir di dalam PKR. Salah seorang klon Anwar yang saya hormati adalah YB Zulkifli Nordin. Dia berani bersuara menyanggah tindakan yang dilihatnya mengancam agama Islam dan bangsa Melayu. Dan saya rasa selamat dengan adanya pemimpin seperti ini di dalam Pakatan Rakyat.

Hari ini, nasibnya sudah seperti Anwar. Dia dipecat tanpa mendapat pengadilan yang sewajarnya. Saya pernah berbicara dengan beberapa orang pemimpin muda PKR melalui facebook agar PKR tidak memecat YB Zul. Jawapan yang saya terima amat mengecewakan. Mereka menyerang peribadi YB Zulkifli, persis seperti mana yang dilakukan UMNO kepada Anwar 11 tahun yang lalu.

Apa lagi yang tinggal di dalam PKR? Dahulu saya menyangka parti baru ini adalah parti reformasi yang memberi kebebasan bersuara dan mengkritik kepada setiap ahlinya. Anwar sudah melatih mereka untuk menghidupkan budaya berhujah bagi menegakkan prinsip perjuangan. Namun hal itu tidak dilakukan, sebaliknya rayuan YB Zulkifli untuk mendapatkan tokoh2 Islam bagi mengadilinya tidak dilayan langsung. Seolah2 tokoh Islam PKR tidak mendapat tempat langsung dalam PKR sama seperti yang dilakukan UMNO 11 tahun yang lalu apabila memperlekehkan nasihat Prof. Harun Din berhubung pertuduhan terhadap DS Anwar Ibrahim.

YB Saifudin Nasution cuba untuk memperbodohkan publik dengan mengatakan kesalahan yang hendak dibicarakan adalah berkaitan laporan polis yang dibuat oleh YB Zulkifli ke atas YB Khalid Samad, dan bukannya pendirian berkaitan kalimah Allah. Namun umum mengetahui bahawa laporan polis itu dibuat bertitik-tolak daripada isu kalimah Allah yang menjadi pertikaian antara 2 YB beragama Islam. Justeru, apa salahnya kalau PKR menyediakan Lembaga Disiplin di kalangan muslim yang arif tentang Islam? Sekurang2nya, mereka dapat membuktikan bahawa tindakan YB Zulkifli yang mengekslusifkan kalimah Allah kepada umat Islam Malaysia itu adalah salah. Tindakan YB Zulkifli membuat laporan polis berhubung penghinaan YB Khalid Samad terhadap undang-undang Islam Selangor itu salah. Rakyat lebih berlapang dada apabila YB Zulkifli mendapat pengadilan yang seadilnya meskipun keputusan itu nanti tidak memihak kepada YB Zulkifli.

Presiden PKR seperti lazimnya hanya berdiam diri terhadap apa yang sedang berlaku dalam PKR. Membenarkan lagi andaian sesetengah pihak bahawa perjuangan beliau hanyalah untuk suami, bukannya parti dan rakyat. YB Zulkifli pernah berjasa membela Anwar ketika beliau dihalau dan diaibkan. Kini, YB Zulkifli menerima nasib yang sama apabila dia dianiayai parti sendiri. Bagaimanakah tindakan Kak Wan sekarang? Harap Kak Wan tidak menjadi seperti kacang lupakan kulit. Berkatalah sesuatu, semoga suara Kak Wan itu dapat memperbaiki keadaan sebelum terlambat.


Kami tetap menyokong DS Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat demi menjatuhkan penguasa zalim dalam kerajaan Barisan Nasional. Namun, sokongan kami itu bukanlah tiket untuk PKR berbuat sewenang-wenangnya sehingga mengguris hati umat Islam yang menyokongnya.

Monday, March 1, 2010

Srikandi SB???

Srikandi baru je dalam dunia penulisan blog dan facebook. Baru tahun ni. Ramai juga yang mahu jadi rakan termasuklah seseorang yang ber"nickname"kan Sosialis Hijau. Pada mulanya, Srikandi tak endahkan dia. Tapi bila dia cakap blog dia sudah mencapai 50,000 pelawat, Srikandi pun masuklah blog dia. Srikandi ingat blog dia hebat sehebat blog Aduka Taruna. Bagus juga blog dia. Ada banyak2 gambar termasuklah tokoh2 komunis.

Namun bila Srikandi baca N3nya, Srikandi tak berapa berkenan. Kalau dah sampai memfitnah dan mengaibkan seorang ustazah, itu bukan menggambarkan seorang yang baik. Rupa2nya dia menggunakan cerita ustazah itu semata2 untuk menarik ramai pengunjung. Srikandi pun tak berapa faham, kenapa dia begitu kemaruk nak tarik ramai orang masuk blog dia. Mungkin dapat duit kut? Entah, Srikandi pun tak faham tentang benda2 ni. Srikandi cuma jadikan blog ini sebagai diari untuk menyatakan pandangan peribadi Srikandi sahaja. Siapa nak baca, bacalah. Tak mau baca, Srikandipun tak kisah.

Pada mulanya, Srikandi hendak meninggalkan komen di blog dia, tapi hanya ahli blog dia sahaja yang dibenarkan meninggalkan komen. Srikandi komenlah kat fb dia. Peliklah cara dia jawab. Tergelak2 macam orang hilang akal. Hari tu harijadi dia. Ramai orang ucap selamat hari jadi. Ada peminat lelaki dia kasi bunga. Pelik juga sama2 lelaki kasi bunga. Srikandi yang nakal ni usiklah dia. Kalau ikutkan, umur dia baru 38 thn. Tapi dia punya sensitif macam orang 50 tahun. Pantang provok sikit terus melenting2 tuduh Srikandi sb. Pelik betul. Dikatanya sb koboi BM. Ntah sape ntah si koboi tu. Sri manalah minat citer koboi.

Hari ini dia bukan lagi rakan fb. Dia percaya yang Sri ni betul2 sb. Kenapa dia berfikiran begitu dan kenapa sb nak intip dia? Dia ni siapa? Hebat sangat ke dia ni sampai kerajaan takut? Kalau macam Aduka Taruna tu lainlah. Kepada sipemakai nick Sosialis Hijau, Sri nak kasi tau yang Sri bukan sb pun. Sri cikgu skolah jer. Kalau kamu gemar mengkritik, kamu juga harus siap untuk dikritik.

Tak mengapalah kalau dia tak mau berkawan dengan Sri lagi. Meskipun dia memfitnah Sri, Sri tetap memaafkan. Lagipun Sri ada ramai lagi rakan fb yang baik hati. Semoga persahabatan terus terjalin tanpa prasangka dan prejudis.



Wednesday, February 24, 2010

MELAYU bukan UMNO






Sasterawan negara, Usman Awang menukilkan pengertian MELAYU seperti berikut :




Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Entah sebab apa, selepas PRU12, MELAYU sudah bertukar takrifnya. Agak sukar untuk berbicara fasal MELAYU sekarang. Barang siapa yang bercakap tentang MELAYU dituduh rasis, dituduh anti-cina, dituduh UMNO, dituduh pengikut Brahim Ali.

Orang sekarang sudah tak kisah fasal MELAYU. Orang sekarang bercakap fasal ketuanan RAKYAT, ketuanan ISLAM dan 1 MALAYSIA. Kalau ada pihak yang mahu bersuara fasal MELAYU, mereka akan ditertawakan dan disindir sebagai rasis dan ketinggalan zaman.

Bahasa MELAYU seakan dipinggirkan apabila Bahasa Inggeris dijadikan pengantar bagi subjek Sains dan Matematik. Papan iklan dan papan tanda diletakkan 3 atau 4 bahasa seolah2 orang Malaysia tidak memahami bahasa MELAYU. Tulisan jawi tidak lagi dipopularkan dan hanya diajar dalam subjek Pendidikan Agama Islam sahaja.

Anak-anak MELAYU sudah lupa nilai2 MELAYU. Saban hari lahir anak-anak MELAYU tanpa bin atau binti. Anak MELAYU yang jantannya leka dengan dunia rempit, syabu dan daun ketum. Yang betinanya, walaupun bertudung, asyik melekap dengan jantan masing2. Tanpa segan silu, tanpa menghiraukan tegahan agama dan adat Melayu.

Pemimpin-pemimpin MELAYU pula terlalu sibuk berpolitik. Yang satu sibuk dengan retorik ketuanan MELAYUnya. Yang satu lagi terlalu menjaga hati dan membela rakan sekapal. Bila diajak bermuzakarah demi kepentingan Melayu dan Islam, ada pula yang melenting. Di katanya parti itu hendak bergabung dengan parti satu lagi.

Wahai MELAYU (kalau masih sudi dipanggil Melayu), tiba masanya untuk bermuzakarah. Bukanlah maksudnya hendak berpadu sebagai satu parti politik. Mari bincang fasal MELAYU. MELAYU semakin mengecil bila mana sebahagiannya telah di"Indonesia"kan. Hanya ada kerajaan MELAYU di Semenanjung dan Brunei. Itulah warisan yang kita ada untuk diperturunkan kepada generasi akan datang. Jangan biarkan ia PUPUS akibat pertelagahan sesama sendiri.

Sunday, February 21, 2010

Mengapa Saya Menyokong TG Hadi Awang?

Pada awal penulisan sy dahulu, sy cenderung untuk menyokong PAS Reform yang mahu mereka yang kelihatan pro-UMNO seperti TGHA, Ust. Nasharudin dan Cikgu Pa disingkirkan. Kami begitu yakin bahawa TGHA ingin mewujudkan perpaduan dengan UMNO. Kami menamakan kumpulan tersebut sebagai "geng perpaduang". Keyakinan kami itu diasaskan melalui perjumpaan secara gelap dengan pemimpin UMNO dan persamaan rentak antara pemimpin2 PAS berkenaan dengan UMNO berhubung beberapa isu. Respon pantas pemimpin2 PAS tersebut terhadap isu kerjasama dengan UMNO mengiyakan andaian kami itu tambahan pula pemimpin2 PAS berkenaan agak lesu dalam memberi respon terhadap isu2 lain seperti kalimah Allah yang menjadi pertelagahan hangat antara YB Khalid dan YB Zul.

Beberapa orang penulis muda telah mengecam "geng perpaduang" yang mereka lihat akan menghancurkan masa hadapan PAS melalui kerjasama dengan UMNO. Beberapa pemimpin PAS dan cendikiawan yang berpandangan serupa telah mempengaruhi ramai orang untuk mempercayai bahawa "geng perpaduang" ini merupakan malapetaka kepada PAS. Hasilnya berlaku keretakan serius dalam kalangan penyokong PAS itu sendiri.

Nada saya berubah 360 darjah, bila mana sy menonton siaran Soal Jawab di TV3. Hujah yang dikemukakan oleh YB Zulkifli Nordin membuatkan saya terfikir akan kebenarannya. Bagi saya kita terlalu berpolitik dan bermusuh dengan UMNO tanpa memikirkan tentang masa hadapan umat Islam di Malaysia. Tergerak hati saya untuk membaca semula penjelasan-penjelasan TG Hadi berhubung kerjasama dengan UMNO dan saya nampak kebijaksanaan dan keikhlasan TG Hadi dalam kerja2 dakwah.

Semasa artikel Permohonan Maaf Buat TG Hadi Awang disiarkan di TKO, ramai yang mengucapkan rasa syukur dan tidak kurang juga yang meragui keikhlasannya. Ada juga yang menganggap saya adalah cybertrooper UMNO yang diupah oleh Tun Faisal. Pada hari ini saya mengambil keputusan untuk menyatakan alasan sebenar saya menyokong TG Hadi Awang berhubung kerjasama dengan UMNO.

1. PAS Reform mengambil kira pengkhiatan UMNO terhadap PAS pada tahun 60-70 an dahulu sebagai alasan kenapa PAS tidak harus bekerjasama dengan UMNO. Namun bagi saya, situasi pada masa itu dengan masa sekarang adalah berbeza. Tahap kefahaman umat Islam Malaysia terhadap agama Islam adalah kurang berbanding sekarang. Ketika itu mereka menganggap bahawa politik dan agama dua perkara berbeza. Begitu banyak perkara2 khurafat yang diamalkan oleh muslim Malaysia. Agak sukar untuk berbicara soal agama dalam keadaan seperti itu. Itu dari segi akidah dan kefahaman Islam.

2. Dari segi kekuatan PAS itu sendiri. Dahulu pengaruh PAS terhad kepada orang2 kampung dan golongan2 lebai sahaja. Sekarang, PAS didokong sama golongan profesional dan anak2 muda pasca reformasi dari berbilang kaum. PAS kini merupakan parti arus perdana yang kukuh untuk diperdayakan oleh UMNO.

3. PAS harus menunjukkan kematangan dalam berpolitik. PAS tidak harus dilihat menutup pintu terhdp UMNO apabila diajak untuk berbincang lebih2 lagi berkaitan dengan agama. Bagi saya, ini peluang terbaik PAS untuk membuka mata publik tentang keupayaan sebenar PAS dalam gerakan dakwah. Pendapat2 daripada tokoh PAS akan lebih mudah didengar oleh publik melalui kerjasama tersebut.

4. Sy nampak usaha TGHA adalah kesinambungan usaha Anwar Ibrahim untuk menambahbaikkan kerajaan melalui pendekatan dakwah. Meskipun ada pendapat yang mengatakan Anwar masuk tong taik, namun pada pandangan saya itulah pengorbanan Anwar yang berjaya menggerakkan dakwah ke dalam masyarakat Islam pada era 80-an dahulu. Melalui sistem pendidikan islam, perbankan islam, penerapan nilai2 islam kepada kakitangan kerajaan serta menggalakkan program2 keagamaan seperti forum perdana ehwal islam dan al-kuliah yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu, telah menyebabkan anjakan paradigma umat Islam terhadap kefahaman Islam.

Memang tidak dapat dinafikan, masih ada lagi saki-baki kejahatan dalam UMNO. Namun demikian, Pak Lah telah membuka ruang untuk gerakan dakwah kembali menular dalam parti itu yang menjadi kerajaan persekutuan ketika ini. Semenjak kehilangan Anwar dalam kerajaan, terasa benar kosongnya pengisian dakwah di dalam kerajaan. Hasilnya, maka terjadilah kebejatan sosial yang semakin meruncing ketika ini.

PAS Reform mungkin beranggapan PAS akan hanya berjaya bila mana dapat menjatuhkan UMNO dan bersama2 Pakatan Rakyat. Tapi tahukah kalian betapa sukarnya menjatuhkan sebuah parti Melayu yang sudah berakar umbi di sanubari umat Melayu itu? Adakah anda pasti, PAS dapat menubuhkan kerajaan yang islamik melalui kerjasama dengan parti2 seperti DAP dan PKR?

Bagi saya, adalah lebih mudah mendakwahkan UMNO daripada menjatuhkannya. Sebab itulah saya katakan, Prof. Harun Din dan TGHA seorang pemimpin Islam yang jauh dan tajam pemikirannya. Sy berterima kasih kepada pengikut setia PAS yang wala' dan memudahkan kerja2 Presiden. Kalian, PAS Reform sebenarnya yang menyusahkan keadaan. Membuatkan PAS berpecah-belah, menyuburkan amalan fitnah dan berburuk sangka.

Friday, February 19, 2010

Gara-gara TAJUK


UMNO mula alami perubahan baik - Hadi - tajuk yang menjadi kemarahan edyesdotcom sehingga kembali berblog. "UG returns!" kata Ali.

Kes liwat Anwar: Hadi selar anggota Parlimen Australia - tajuk yang membuatkan pro-UMNO bersorak riang. "Hadi dah mula sedar siapa Anwar!" kata Versatile dengan seronoknya.


Penyokong PAS resah gelisah dan tidak keruan. Lidah rasmi PAS pun bingkas mengeluarkan artikel bertajuk Utusan Malaysia putar-belit kenyataan Presiden PAS. "Mereka nak laga-lagakan TGHH dengan pemimpin PAS yang lain!" kata wartawan harakahdaily itu. Penyokong PASpun menarik nafas lega.

Dan buat kesekian kali, laungan Boikot Utusan bergema kembali. Hakikatnya adakah benar TGHH langsung tidak mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO alami perubahan baik dan tidak menyokong campur tangan Australia terhadap kehakiman negara? Apakah yang dimaksudkan dengan putar-belit itu?

Sudah sekian lama kita mengenali stail penulisan Utusan Malaysia. Sepatutnya kita tidak perlu lagi melenting dengan tajuk-tajuk sedemikian. Bacalah dahulu sampai habis untuk mengetahui cerita yang sebenar. Utusan Malaysia tetap menyiarkan maksud sebenar TGHH pada bahagian akhir artikel berkenaan seterusnya melenyapkan keraguan. Sekurang-kurangnya, maklumat yang ingin disampaikan boleh dibaca oleh pembaca UM yang lazimnya orang UMNO sendiri.

Saya dah lama boikot Utusan, sebab tu bila Edyes mengamuk2 pasal tajuk Utusan, terpaksalah saya terkial-kial mencari artikel yang dimaksudkan. Dan selepas baca..."wat suspen je Edyes ni tau!"






Siapa Sebenarnya Yang Jumud?



Terkejut juga saya bila membaca tulisan edyesdotcom yang marah2 terhadap TGHH. Edyes tunjuk tajuk pada halaman Utusan Malaysia yang berbunyi, "UMNO mula alami perubahan baik". Marah benar Edyes dengan tajuk Utusan Meloya tu. Saya cuba cari artikel yang dimaksudkan Edyes. Nasib baik Ali Bagan Utama menyertakan link yang dimaksudkan. Secara ringkasnya, TGHH menyatakan begini :

1. UMNO kini melalui satu perubahan yang baik apabila parti itu tidak lagi menganggap agama dan politik sebagai dua perkara berbeza.

2. Perbincangan mengenai perkara asas antara Pas dan UMNO terutama Islam amat penting.

3. Ada perkara yang boleh disatukan untuk kepentingan, keadilan, hak dan kebaikan semua. Walaupun ada persepsi negatif tetapi semua itu boleh dibincang, perkara yang boleh disatukan, boleh diraikan kita perlu bertolak ansur.

4. Sebarang perbezaan pendapat antara Pas dan UMNO tidak lagi boleh dilihat sebagai satu prinsip yang jumud dan tidak boleh dirungkaikan melalui perundingan.

5. Pas bersedia untuk adakan perbincangan dalam perkara yang boleh dirungkaikan, diselesaikan secara bijaksana berpandu kepada prinsip fleksibel seperti di dalam al-Quran.

Saya baca berulang-ulang kali. Saya cuba cari di mana salah dan silapnya kenyataan ini. Mengapa Edyes dan PAS Reform marah sangat2? Masya-Allah, saya telah berburuk sangka kepada seorang tok guru yang berhati suci dan murni. Kasih-sayangnya bukan untuk jemaah PAS semata-mata tetapi kepada umat muslim di Malaysia. Seringkali saya melemparkan tuduhan jumud kepada orang PAS, hari ini membuka mata kepada saya siapa penjumud sebenarnya.

Wednesday, February 17, 2010

Permohonan Maaf Buat TG Hadi Awang

Srikandi mengakui bahawa Srikandi telah tersilap menilai tok guru. Dahulu Srikandi kata tok guru lembab, bodoh, agen UMNO dan tak layak jadi presiden PAS. Srikandi mengakui Srikandi terlalu tamak dan mahu PAS cepat berkuasa.

Baru sekarang Srikandi mengerti maksud tok guru. Tentang majoriti melayu muslim di parlimen, tentang kerjasama dengan UMNO, tentang "biar PAS kalah asal Islam menang". Sememangnya Srikandi terlalu bodoh untuk menilai berbanding tok guru yang sudah lali dengan sepak terajang politik.

Srikandi mengerti kini kenapa tok guru sentiasa diam bila dihentam kiri dan kanan. Tok guru tak mahu menghuru-harakan keadaan. Tok guru tak mahu PAS berpecah-belah semata2 mahu menegakkan pendirian tok guru. Dan Allah maha Mengetahui, meskipun tok guru diam, dibukakan hati kami sedikit demi sedikit untuk menerima kebenaran.

Bahawa untuk menegakkan negara Islam di bumi tercinta ini adalah melalui penyatuan orang2 Melayu yang merupakan majoriti umat Islam di Malaysia. Bukannya melalui kerjasama dengan parti yang tidak rela dengan negara Islam. Sokongan daripada kaum lain akan hadir sendiri bila mana mereka lihat tentang kecantikan pemerintahan Islam itu sendiri.

Srikandi menyesali keterlanjuran dan kebiadapan Srikandi sebelum ini. Maafkanlah Srikandi yang tidak mengerti ini. Teruslah usaha murni mu itu. Srikandi akan sentiasa menyokong tok guru.

Tuesday, February 16, 2010

Lebih Teruk Drp. JK Disiplin PAS!

Sekurang2nya, YB Khalid Samad diberi peluang membela diri. Sekurang2nya, YB Hassan Ali yang bertelagah dengan cina DAP Selangor hanya diberi amaran sahaja. Tetapi, YB Zulkifli Nordin seolah2 dinafikan hak untuk membela diri apabila parti memutuskan bahawa Lembaga Disiplin akan bersidang pada 18 Feb, dengan tarikh alternatif pada 23 Feb. Sedangkan pada tempoh masa berkenaan YB Zul perlu menghadiri program International Leadership Conference di Korea bersama beberapa Ahli Parlimen lain.

PAS lebih bersikap terbuka apabila tidak mengenakan apa-apa tindakan terhadap Prof. Harun Din yang menyertai demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah oleh Kristian dan menyatakan bahawa mereka yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh Kristian sebagai kufur. Sebaliknya PKR sebuah parti yang dikuasai Melayu-Islam hendak mengenakan tindakan disiplin kepada YB Zul kerana berpendirian sama seperti Prof. Harun Din itu.

JK Disiplin PAS lebih telus apabila memanggil kedua2 pihak bertelagah iaitu YB Khalid Samad dan YB Hassan Ali dan menjatuhkan hukuman kepada kedua2nya. Sedangkan Lembaga Disiplin PKR hanya mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada YB Zul, YB Zahrain dan YB Tan Tee Beng sahaja, dan tidak kepada YB Wee Choo Keong dan Datuk Zaid Ibrahim tidak diberi notis.

Pemimpin PAS lebih profesional kerana tidak menjatuhkan hukuman mendahului perbicaraan. Sedangkan pemimpin PKR seperti YB Azmin Ali, YB Tian Chua, Zaid Ibrahim dan lain-lain telah terlebih dahulu menggelarkan YB Zul pelampau dan mahu dia dipecat. Melihat situasi ini, kita percaya YB Zul tidak akan mendapat keadilan. Parti Keadilan Rakyat hanya gah pada nama. Hakikatnya, mereka sama sahaja seperti parti senior mereka iaitu UMNO. Hilang sudah keterbukaan dan kebebasan bersuara. Hanya ada satu aliran dalam PKR. Yang menentang arus akan dicantas.

Kepada YB Zul, teruskan perjuangan membela Islam. Kalau susah untuk membela Islam dari dalam PKR, sertailah parti PAS dan istiqamahlah dalam membentuk sebuah negara Islam di bumi tercinta ini.

Sunday, February 14, 2010

Nama Allah VS Hukum Allah



Sumber : http://g-82.blogspot.com/

UMNO YANG BACUL


Mengada-ngada! Masa Hj Hadi dan juak2 dia cakap pasal perpaduan, bukan main terhegeh-hegeh korang ajak berbincang. Sekarang, bila Nik Aziz ajak bermuzakarah, macam-macam alasan korang ye. Tak ikhlaslah, berdolak-dalihlah, tak tetap pendirianlah.

Tak payah cakap banyaklah. Kalau korang betul-betul ikhlas nak selesaikan masalah Melayu dan Islam, korang kena cepat2 bertindak mengatur pertemuan dengan PAS. Merajuk lah tu konon-konon. Mengaku je lah, yang korang tu takut kat Nik Aziz. Korang tak dapat nak auta Nik Aziz. Berbincang dengan Nik Aziz tak mendatangkan keuntungan politik kat korang.

Munafik!

Saturday, February 6, 2010

Kisah Ujang dan Atoknya



Atok : "Eh jap-jap. Jang, K Y Jelly tu apobondo eh?"

Ujang : "Ese pun tak tahu nak mengoba 'an kek atuk. Dio macam minyak rambut"

Atok : "Nak merogol orang pun kono pakai minyak rambut. Apo nak jadi dengan orang zaman sekarang. Nak tunjuk hensem bilo buek jahat"

Ujang : "Bukan macam tu tuk. Ala dio macam minyak pelincir keto"

Atok : "Bingai, nak merogol pun pakai minyak pelincir keto ko. Apo kejadah eh. Hilang akal ko"

Ujang : "Tuk ni jantan rogol jantan tuk. Dio tak samo. Dio memang pakai pelincir"

Atok : "Uiks! yo ko? Mano lobang dio pakai?"

Ujang : "Lubang hidung"

Pangggg !!!

Sumber : Ali Bagan Utama



Lu, Suburkan Islam - Wa, Persepsi pengundi






Maka berkatalah si pencari syurga :


Kenapa akhir2 ini.. terdapat seperti Dua puak yang menyokong PAS..
satu team.. suh reform utk meraih undi Pengundi..
satu Team.. byk cacat cela , tapi ingin menyuburkan ISLAM di semua sanubari pengundi..

aku pikir2.. inilah perbezaan dasar ideologi masing2..

Team 1.
-Oleh kerana nak menang, kita harus ikut persepsi pengundi, jgn pandang remeh persepsi pengundi, kena adil ikut persepsi pengundi, kena bijak ikut persepsi pengundi..


Team 2:
-Kita memang berjuang dlm demokrasi tetapi Mahu ISLAM juga disuburkan, kalau menang tetapi dengan berlapang dada dgn idea sekular, mana keunikan Dasar PAS??
-Mahu mendidik supaya ISLAM tetap dasar no 1, praktikal, pendekatan dan cara strategi..


So.. tak heran laa.. ada dua puak... idealogi pun dah berbeza..

Rumusan :

1. Si pencari syurga telah mengakui wujud perpecahan dalam PAS seperti katanya Team 1 dan Team 2.

2. Team 1 mahu PAS cakna kepada persepsi pengundi sebab persepsi pengundi terhadap kepimpinan TG Nik Aziz lah yang mengekalkan PAS di Kelantan.

3. Team 2 pula mahu menyuburkan ISLAM dan tidak mahu berlapang dada dengan sekular contohnya :

a) Mengadakan pertemuan sulit dengan UMNO selepas pilihanraya, walhal berkempen bersama2 PKR dan DAP sebelum pilihanraya.

b) Menjatuhkan hukuman lebih berat kepada Khalid Samad yang dianggap sekular apabila mendedahkan rahsia parti yang mendapat penajaan dari syarikat air Selangor dan meringankan hukuman kepada Hassan Ali yang dianggap mahu menyuburkan ISLAM melalui perjumpaan bersama blogger UMNO.

Thursday, February 4, 2010

Mari Menyusah Jamaah Untuk Negara Islam

Makin sombong lagaknya orang PAS ini selepas menghukum Khalid Samad. Patutlah eadysdotcom merajuk dibuatnya. Bila ditegur, kita pula dijerkahnya. "Jangan masuk campur urusan parti", "Kalau tak setuju dengan cara PAS, buat parti baru sahaja", begitulah sinisnya sindiran mereka bila kita cuba menegur. Namun, PAS Reform tidak boleh mengalah. Biar dinista dan dihina, perjuangan kita untuk melihat tertegaknya negara Islam di Malaysia harus diteruskan. Petikan berikut saya ambil daripada blog xenan untuk renungan bersama.


Dalam Blog TITM ayat terakhir nya berbunyi "Ingatlah, kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah"

Ironiknya,

Pas sebenarnya banyak menyumbang ke arah pembinaan minda kritikal rakyat Malaysia. Semenjak dari zaman "kepimpinan Ulamak", Rakyat Malaysia di ajak untuk bersifat kritikal atas UMNO dan berpegang pada prinsip "Yang Benar Tetap Benar, Yang Salah Tetap Salah".

Maka di kempenkan budaya anti MSM, budaya mencari fakta, budaya "read between line" dan budaya kritikal terhadap pimpinan negara(UMNO).

PAS dengan bangganya turut membudayakan desakan dan demo sebagai senjata demokrasi untuk mencapai Hasrat Rakyat.People Power!

Gua sendiri adalah hasil dari didikan ini.And Gua proud of it!

Malang beribu kali malang, rupa - rupanya budaya ini khas untuk UMNO sahaja nampaknya. Kalau untuk pimpinan sendiri pil Wala' pula yang di suapkan.

Jika ada bantahan hendaklah disalurkan pada saluran dalaman.Jika tiada perubahan hendaklah bersabar kerana pimpinan Ulamak lebih tahu.Ape la jadah.

Kenapa double standard?Kenapa tidak juga bersifat sama pada semua pihak malah marah pula pada rakyat hasil didikan PAS yang bersifat seperti saranan PAS?

Gua ingatkan sekali lagi, tinggi nya PAS dimata rakyat hanya kerana Islam dan kebenaran bukan kerana Pimpinan!

Masalah Kenyataan TITM Kepada Cita Cita Negara Islam.

Pas adalah satu satunya parti yg menyeru ke arah pembentukan Negara berciri Islam secara rasmi.

Pembentukan ini telah dipersetujui akan melalui proses demokrasi yang mana hanya tercapai bila PAS di undi Rakyat majoriti.

Dalam Proses demokrasi, sudah tentu prinsip, idealism dan pimpinan PAS akan dibahas secara terbuka.Positive dan negative PAS akan di bentangkan sama ada jemaah PAS suka atau tidak.Tiada saluran dalaman untuk memuji atau mengkritik PAS di mata RAKYAT atas prinsip demokrasi.

Ada 2 consequence atas Sifat Kenyataan TITM

1. PAS sampai bila pon tak akan berjaya mencapai Seruan fasal 5.Kerana hanya jemaah PAS sahaja yang dibenarkan bersetuju dengan PAS.Rayat TIDAK!

Macam mana nak sokong kalau semua kritikan terhadap kesalahan PAS dianggap menyusah jemaah?

2. Oleh kerana tiada pilihan,mungkin rakyat terpaksa mengundi PAS.Berdasarkan kenyataan TITM, amatlah menakutkan jika PAS memerintah, "Negara berciri Islam" ini akan dipaksakan kepada rakyat sebagaimana UMNO memaksakan "Ketuanan Melayu".Semua penentang akan dilabel "Musuh ISLAM" atau "Penyusah Jemaah"dan diperlakukan apa sahaja atas nama ISLAM.Ini akan membawa fitnah yang lebih besar dan memalukan ISLAM.

TITM, please reform your mind before its too late!

Wednesday, February 3, 2010

Monday, February 1, 2010

Pantun Cina vs Pantun Melayu



Jacky :

ZULKIFLI

Zulkifli Zulkifli Dipupuk Seorang MP
Suka Timbul Isu Mencari Populariti
Personalliti Lebih Penting Daripada Parti
Perkauman Membatas Mentaliti

PKR Sudah Bergerak Menjadi PR
... Rakyat Memilih Multilateralisme
Satu Hadapan Cahaya Malaysia
Jangan Terkongkong Dalam Feudalisme

Sedarlah Saudara Zulkifli
Kalau Gerakan Tidak Sejajar Dengan Realiti
Keluar Parti Lebih Sesuai
Nasib Tergantung Kepada Diri Sendiri


1nama :

Bukan niatnya mengadu-domba
Sekadar menjaga kesucian agama

Demi akidah anak bangsa

Kalimah Allah harus dipelihara

Zulkifli pejuang agama dan bangsa

Melayu dan Islam usah diperlekehkan

Jangan kita cetuskan sengketa

Saling hormati kekalkan kerukunan


Jacky :

Pejuang agama, bangsa dan negara

Ikut peraturan mendapat kehormatan

Maruah parti tetap di bawah kawalan
Perpaduan PR rakyat harapkan.


Disiplin parti semua ahli patuhi

Isu Zulkifli menjadi pengerti
Kekuatan PR penyokong ingini

Hati orang ramai tetap dihormati

1nama :

Tiada salahnya tindakan Zulkifli

Harap semua dapat mengerti

Bukan dia mencetuskan api

Membela nasib bangsa sendiri

Zulkifli peguam bijak bestari

Keluhuran perlembagaan usah dicemari

Laporan polis tidak menyalahi
Demi menjaga maruah diri

Jacky :

Prinsip diri tetap dipuji

Fakta akan menjadi bukti

Kalau tak salah minta dikaji

Semua bersandar badan disiplin


Semua keputusan adil dan suci

Undang2 dan Aturan disanjung tinggi
Zulkifli seorang peguam ahli

Pandainya membela diri sendiri

1 nama :

Zulkifli membela bersandarkan hujah

Sayang kepada agama dan nusa

Usah melatah usah gelisah
Perbezaan pendapat perkara biasa



(Jacky Yap HQ adalah rakan facebook 1 nama.)

Saturday, January 30, 2010

Antara Zulkifli dan Khalid



Dua2 pun penongkah arus.
Dua2 pun lawan tauke.
Dua2pun tak tahu adab berjemaah.
Dua2pun beri peluru ke musuh.
Dua2 pun orang dalam parti tak suka.
Dua2pun orang suruh keluar parti.
Dua2pun orang suruh lompat ke UMNO.


Yang sorang tak mahu Kristian guna Allah.
Yang sorang lagi kata tak apa kalau kristian nak guna Allah pun.
Yang sorang dah kena tindakan disiplin.
Yang sorang tengah tunggu hukuman.
Yang sorang UMNO panggil Khalid gereja.
Yang sorang PR panggil agen UMNO.
Yang sorang pertikaikan undang-undang.
Yang sorang buat laporan polis.

Aku...
Sokong YB Zul
Bukan aku menentang fatwa Yusuf Qardawi
Aku tak sanggup Malaysia jadi macam Indon
Kristian bebas guna Allah
Dalam penerbitan, dalam lagu, dalam papan tanda, dalam batu nesan.
Tak mau, aku tak mau jadi macam tu
Malaysia tak boleh jadi macam Indon
Agama Islam kan agama rasmi Malaysia
Kita dah ada undang-undang untuk jaga agama kita
Kita jagalah undang-undang itu

Sebab tu lah aku terima kasih sangat2 kat YB Zul.

Aku...
Tak marah pun kat YB Khalid
Aku sedar aku duduk dalam negara yang didiami masyarakat majmuk
Kedamaian dan keamanan perlu diutamakan
Kata Khalid Allah untuk semua
Islam tidak melarang penganut agama lain guna Allah
Islam agama yang bertoleransi
Orang bukan Islam pun tarik nafas lega
Orang melayu Islam pun mula beralah
Allah bukan hak ekslusif melayu Islam
Allah hak semua makhluk
Jadi melayu Islam pun tak jadilah mengamuk
Tak jadilah berdemo dan bakar2 gereja.

Jadi, akupun kena terima kasih banyak2lah kat YB Khalid Samad.

Abis tu,
Yang mana satu aku sokong?

Dua2 lah aku sokong pasal dua2 pun pemimpin melayu yang tegas, cerdik lagi berani. Susah ho nak jumpa pemimpin melayu yang macam gini. Kebanyakannya kaki bodek dan pak turut. Senang2 je korang nak hambat suruh masuk UMNO lah pulak. Apa orang2 macam ni boleh buat dalam UMNO. Cakap lebih2 sikit kena cantas. Aku harap budaya UMNO yang ngok tu tak terjadi dalam parti2 Pakatan Rakyat. Suburkan budaya berhujah dan kebebasan bersuara dalam Pakatan Rakyat. Ia lebih mendatangkan manfaat.

Warkah Terbuka Buat Aduka Taruna



Assalamualaikum.

Kehadapan tuan hamba Aduka Taruna dengan selamatnya. Semoga berada dalam rahmat Allah hendaknya. Terlebih dahulu hamba ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada tuan hamba dan isteri. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Tuan hamba,

Sepeninggalan tuan hamba ke rumah pasung beberapa hari yang lalu, nama tuan hamba telah tersebar luas di seluruh Malaya atau mungkin seantero benua. Laman tuan hamba dikunjungi ratusan pengunjung setiap hari. Rata2nya mengutuk dan memaki tuan hamba kerana menghina institusi beraja yang sangat disanjung tinggi.

Namun demikian, usahlah tuan hamba berasa gusar. Tuan hamba pun selalu juga memaki2 sampaikan isteri baginda Rasulullah pun tuan hamba maki sama. Jadi, setimpallah balasan itu dengan tuan hamba. Terimalah makian demi makian itu dengan dada yang terbuka. Sesungguhnya Allah sedang menghukum kebiadapan tuan hamba.

Tuan hamba,

Ibarat peristiwa 11 September, Islam telah dicerca dengan begitu hebat sekali. Namun demikian, semakin ramai pula orang yang ingin tahu tentang Islam. Mereka mengkaji apa itu Islam dan ramai telah menjadi saudara kita kerana melihat kebenaran Islam itu.

Sama halnya dengan tuan hamba. Atas rasa ingin tahu siapakah sebenarnya Aduka Taruna, maka ramailah yang membuka semula lembaran2 tuan hamba untuk dibaca dan dikaji maksudnya. Bagi musuh2 tuan hamba, lembaran menghina isteri Rasulullah itu sering ditonjolkan. Mereka mengajak semua untuk membenci tuan hamba. Namun, kepada mereka yang celik hatinya, lembaran2 tuan hamba (selain isteri Rasulullah itu) telah membuka mata mereka tentang kebenarannya.

Ketahuilah oleh tuan hamba bahawa suara kurang ajar tuan hamba telah didengari oleh orang sebelah sana. Orang yang terpukul dengan kata2 biadap tuan hamba telah tersedar bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk memperbaiki kumpulan mereka. Sudah kedengaran dari penglipurlara mereka supaya kata2 Aduka Taruna didengar dan difaham maksudnya. Mereka mengajak puak2 mereka untuk melupakan sebentar kata2 biadap Aduka Taruna tetapi berfikir tentang apa yang mahu disampaikan.

Tuan hamba,

Ketahuilah akan tuan hamba bahawa di sebalik musibah ada hikmahnya. Allah sayang akan tuan hamba lalu menegur tuan hamba dengan caraNya. Hamba percaya, sepanjang tuan hamba di rumah pasung, tuan hamba pasti akan terfikir tentang kesalahan2 yang tuan hamba lakukan. Maka insaflah saudara dan perbaikilah diri. Dahulu tuan hamba berseorangan dalam perjuangan. Tetapi kini, tuan hamba telah mendapat sokongan bukan sahaja dalam kalangan budak2 macam tuan hamba tetapi juga kekanda-kekanda yang telah lama berjuang dalam bidang ini.

Sekarang tuan hamba telah lepas bebas. Rakyat jelata rindukan tulisan tuan hamba. Menulislah lagi wahai Aduka Taruna. Menulislah untuk kebenaran. Menulislah dengan kesabaran.

Salam ikhlas dari hamba,

1 nama