Saturday, January 30, 2010

Warkah Terbuka Buat Aduka Taruna



Assalamualaikum.

Kehadapan tuan hamba Aduka Taruna dengan selamatnya. Semoga berada dalam rahmat Allah hendaknya. Terlebih dahulu hamba ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada tuan hamba dan isteri. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Tuan hamba,

Sepeninggalan tuan hamba ke rumah pasung beberapa hari yang lalu, nama tuan hamba telah tersebar luas di seluruh Malaya atau mungkin seantero benua. Laman tuan hamba dikunjungi ratusan pengunjung setiap hari. Rata2nya mengutuk dan memaki tuan hamba kerana menghina institusi beraja yang sangat disanjung tinggi.

Namun demikian, usahlah tuan hamba berasa gusar. Tuan hamba pun selalu juga memaki2 sampaikan isteri baginda Rasulullah pun tuan hamba maki sama. Jadi, setimpallah balasan itu dengan tuan hamba. Terimalah makian demi makian itu dengan dada yang terbuka. Sesungguhnya Allah sedang menghukum kebiadapan tuan hamba.

Tuan hamba,

Ibarat peristiwa 11 September, Islam telah dicerca dengan begitu hebat sekali. Namun demikian, semakin ramai pula orang yang ingin tahu tentang Islam. Mereka mengkaji apa itu Islam dan ramai telah menjadi saudara kita kerana melihat kebenaran Islam itu.

Sama halnya dengan tuan hamba. Atas rasa ingin tahu siapakah sebenarnya Aduka Taruna, maka ramailah yang membuka semula lembaran2 tuan hamba untuk dibaca dan dikaji maksudnya. Bagi musuh2 tuan hamba, lembaran menghina isteri Rasulullah itu sering ditonjolkan. Mereka mengajak semua untuk membenci tuan hamba. Namun, kepada mereka yang celik hatinya, lembaran2 tuan hamba (selain isteri Rasulullah itu) telah membuka mata mereka tentang kebenarannya.

Ketahuilah oleh tuan hamba bahawa suara kurang ajar tuan hamba telah didengari oleh orang sebelah sana. Orang yang terpukul dengan kata2 biadap tuan hamba telah tersedar bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk memperbaiki kumpulan mereka. Sudah kedengaran dari penglipurlara mereka supaya kata2 Aduka Taruna didengar dan difaham maksudnya. Mereka mengajak puak2 mereka untuk melupakan sebentar kata2 biadap Aduka Taruna tetapi berfikir tentang apa yang mahu disampaikan.

Tuan hamba,

Ketahuilah akan tuan hamba bahawa di sebalik musibah ada hikmahnya. Allah sayang akan tuan hamba lalu menegur tuan hamba dengan caraNya. Hamba percaya, sepanjang tuan hamba di rumah pasung, tuan hamba pasti akan terfikir tentang kesalahan2 yang tuan hamba lakukan. Maka insaflah saudara dan perbaikilah diri. Dahulu tuan hamba berseorangan dalam perjuangan. Tetapi kini, tuan hamba telah mendapat sokongan bukan sahaja dalam kalangan budak2 macam tuan hamba tetapi juga kekanda-kekanda yang telah lama berjuang dalam bidang ini.

Sekarang tuan hamba telah lepas bebas. Rakyat jelata rindukan tulisan tuan hamba. Menulislah lagi wahai Aduka Taruna. Menulislah untuk kebenaran. Menulislah dengan kesabaran.

Salam ikhlas dari hamba,

1 nama



3 comments:

  1. Orang bersurat... lu pun nk bersurat...

    Gempak sgt la lu ni bro...

    Harap publisiti MURAHAN ke??

    ReplyDelete
  2. Lu lagi lah nak cari publisiti. Siap letak link lagi kat blog AT tu. hu hu hu...

    ReplyDelete
  3. biar dirasa si AT tuh...kalu menulis lansung x dikira adap dan sopan..smpi isteri nabi pun sanggup dikatanya...kalau AT tu dh dijamin masuk syurga lain lah citernya... x payah nk disokong org mcm tuh...selgi dia tdk kembali ke pangkal jalan....

    ReplyDelete