Saturday, January 30, 2010

Antara Zulkifli dan Khalid



Dua2 pun penongkah arus.
Dua2 pun lawan tauke.
Dua2pun tak tahu adab berjemaah.
Dua2pun beri peluru ke musuh.
Dua2 pun orang dalam parti tak suka.
Dua2pun orang suruh keluar parti.
Dua2pun orang suruh lompat ke UMNO.


Yang sorang tak mahu Kristian guna Allah.
Yang sorang lagi kata tak apa kalau kristian nak guna Allah pun.
Yang sorang dah kena tindakan disiplin.
Yang sorang tengah tunggu hukuman.
Yang sorang UMNO panggil Khalid gereja.
Yang sorang PR panggil agen UMNO.
Yang sorang pertikaikan undang-undang.
Yang sorang buat laporan polis.

Aku...
Sokong YB Zul
Bukan aku menentang fatwa Yusuf Qardawi
Aku tak sanggup Malaysia jadi macam Indon
Kristian bebas guna Allah
Dalam penerbitan, dalam lagu, dalam papan tanda, dalam batu nesan.
Tak mau, aku tak mau jadi macam tu
Malaysia tak boleh jadi macam Indon
Agama Islam kan agama rasmi Malaysia
Kita dah ada undang-undang untuk jaga agama kita
Kita jagalah undang-undang itu

Sebab tu lah aku terima kasih sangat2 kat YB Zul.

Aku...
Tak marah pun kat YB Khalid
Aku sedar aku duduk dalam negara yang didiami masyarakat majmuk
Kedamaian dan keamanan perlu diutamakan
Kata Khalid Allah untuk semua
Islam tidak melarang penganut agama lain guna Allah
Islam agama yang bertoleransi
Orang bukan Islam pun tarik nafas lega
Orang melayu Islam pun mula beralah
Allah bukan hak ekslusif melayu Islam
Allah hak semua makhluk
Jadi melayu Islam pun tak jadilah mengamuk
Tak jadilah berdemo dan bakar2 gereja.

Jadi, akupun kena terima kasih banyak2lah kat YB Khalid Samad.

Abis tu,
Yang mana satu aku sokong?

Dua2 lah aku sokong pasal dua2 pun pemimpin melayu yang tegas, cerdik lagi berani. Susah ho nak jumpa pemimpin melayu yang macam gini. Kebanyakannya kaki bodek dan pak turut. Senang2 je korang nak hambat suruh masuk UMNO lah pulak. Apa orang2 macam ni boleh buat dalam UMNO. Cakap lebih2 sikit kena cantas. Aku harap budaya UMNO yang ngok tu tak terjadi dalam parti2 Pakatan Rakyat. Suburkan budaya berhujah dan kebebasan bersuara dalam Pakatan Rakyat. Ia lebih mendatangkan manfaat.

Warkah Terbuka Buat Aduka Taruna



Assalamualaikum.

Kehadapan tuan hamba Aduka Taruna dengan selamatnya. Semoga berada dalam rahmat Allah hendaknya. Terlebih dahulu hamba ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada tuan hamba dan isteri. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Tuan hamba,

Sepeninggalan tuan hamba ke rumah pasung beberapa hari yang lalu, nama tuan hamba telah tersebar luas di seluruh Malaya atau mungkin seantero benua. Laman tuan hamba dikunjungi ratusan pengunjung setiap hari. Rata2nya mengutuk dan memaki tuan hamba kerana menghina institusi beraja yang sangat disanjung tinggi.

Namun demikian, usahlah tuan hamba berasa gusar. Tuan hamba pun selalu juga memaki2 sampaikan isteri baginda Rasulullah pun tuan hamba maki sama. Jadi, setimpallah balasan itu dengan tuan hamba. Terimalah makian demi makian itu dengan dada yang terbuka. Sesungguhnya Allah sedang menghukum kebiadapan tuan hamba.

Tuan hamba,

Ibarat peristiwa 11 September, Islam telah dicerca dengan begitu hebat sekali. Namun demikian, semakin ramai pula orang yang ingin tahu tentang Islam. Mereka mengkaji apa itu Islam dan ramai telah menjadi saudara kita kerana melihat kebenaran Islam itu.

Sama halnya dengan tuan hamba. Atas rasa ingin tahu siapakah sebenarnya Aduka Taruna, maka ramailah yang membuka semula lembaran2 tuan hamba untuk dibaca dan dikaji maksudnya. Bagi musuh2 tuan hamba, lembaran menghina isteri Rasulullah itu sering ditonjolkan. Mereka mengajak semua untuk membenci tuan hamba. Namun, kepada mereka yang celik hatinya, lembaran2 tuan hamba (selain isteri Rasulullah itu) telah membuka mata mereka tentang kebenarannya.

Ketahuilah oleh tuan hamba bahawa suara kurang ajar tuan hamba telah didengari oleh orang sebelah sana. Orang yang terpukul dengan kata2 biadap tuan hamba telah tersedar bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk memperbaiki kumpulan mereka. Sudah kedengaran dari penglipurlara mereka supaya kata2 Aduka Taruna didengar dan difaham maksudnya. Mereka mengajak puak2 mereka untuk melupakan sebentar kata2 biadap Aduka Taruna tetapi berfikir tentang apa yang mahu disampaikan.

Tuan hamba,

Ketahuilah akan tuan hamba bahawa di sebalik musibah ada hikmahnya. Allah sayang akan tuan hamba lalu menegur tuan hamba dengan caraNya. Hamba percaya, sepanjang tuan hamba di rumah pasung, tuan hamba pasti akan terfikir tentang kesalahan2 yang tuan hamba lakukan. Maka insaflah saudara dan perbaikilah diri. Dahulu tuan hamba berseorangan dalam perjuangan. Tetapi kini, tuan hamba telah mendapat sokongan bukan sahaja dalam kalangan budak2 macam tuan hamba tetapi juga kekanda-kekanda yang telah lama berjuang dalam bidang ini.

Sekarang tuan hamba telah lepas bebas. Rakyat jelata rindukan tulisan tuan hamba. Menulislah lagi wahai Aduka Taruna. Menulislah untuk kebenaran. Menulislah dengan kesabaran.

Salam ikhlas dari hamba,

1 nama