Tuesday, February 16, 2010

Lebih Teruk Drp. JK Disiplin PAS!

Sekurang2nya, YB Khalid Samad diberi peluang membela diri. Sekurang2nya, YB Hassan Ali yang bertelagah dengan cina DAP Selangor hanya diberi amaran sahaja. Tetapi, YB Zulkifli Nordin seolah2 dinafikan hak untuk membela diri apabila parti memutuskan bahawa Lembaga Disiplin akan bersidang pada 18 Feb, dengan tarikh alternatif pada 23 Feb. Sedangkan pada tempoh masa berkenaan YB Zul perlu menghadiri program International Leadership Conference di Korea bersama beberapa Ahli Parlimen lain.

PAS lebih bersikap terbuka apabila tidak mengenakan apa-apa tindakan terhadap Prof. Harun Din yang menyertai demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah oleh Kristian dan menyatakan bahawa mereka yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh Kristian sebagai kufur. Sebaliknya PKR sebuah parti yang dikuasai Melayu-Islam hendak mengenakan tindakan disiplin kepada YB Zul kerana berpendirian sama seperti Prof. Harun Din itu.

JK Disiplin PAS lebih telus apabila memanggil kedua2 pihak bertelagah iaitu YB Khalid Samad dan YB Hassan Ali dan menjatuhkan hukuman kepada kedua2nya. Sedangkan Lembaga Disiplin PKR hanya mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada YB Zul, YB Zahrain dan YB Tan Tee Beng sahaja, dan tidak kepada YB Wee Choo Keong dan Datuk Zaid Ibrahim tidak diberi notis.

Pemimpin PAS lebih profesional kerana tidak menjatuhkan hukuman mendahului perbicaraan. Sedangkan pemimpin PKR seperti YB Azmin Ali, YB Tian Chua, Zaid Ibrahim dan lain-lain telah terlebih dahulu menggelarkan YB Zul pelampau dan mahu dia dipecat. Melihat situasi ini, kita percaya YB Zul tidak akan mendapat keadilan. Parti Keadilan Rakyat hanya gah pada nama. Hakikatnya, mereka sama sahaja seperti parti senior mereka iaitu UMNO. Hilang sudah keterbukaan dan kebebasan bersuara. Hanya ada satu aliran dalam PKR. Yang menentang arus akan dicantas.

Kepada YB Zul, teruskan perjuangan membela Islam. Kalau susah untuk membela Islam dari dalam PKR, sertailah parti PAS dan istiqamahlah dalam membentuk sebuah negara Islam di bumi tercinta ini.

No comments:

Post a Comment