Sunday, February 21, 2010

Mengapa Saya Menyokong TG Hadi Awang?

Pada awal penulisan sy dahulu, sy cenderung untuk menyokong PAS Reform yang mahu mereka yang kelihatan pro-UMNO seperti TGHA, Ust. Nasharudin dan Cikgu Pa disingkirkan. Kami begitu yakin bahawa TGHA ingin mewujudkan perpaduan dengan UMNO. Kami menamakan kumpulan tersebut sebagai "geng perpaduang". Keyakinan kami itu diasaskan melalui perjumpaan secara gelap dengan pemimpin UMNO dan persamaan rentak antara pemimpin2 PAS berkenaan dengan UMNO berhubung beberapa isu. Respon pantas pemimpin2 PAS tersebut terhadap isu kerjasama dengan UMNO mengiyakan andaian kami itu tambahan pula pemimpin2 PAS berkenaan agak lesu dalam memberi respon terhadap isu2 lain seperti kalimah Allah yang menjadi pertelagahan hangat antara YB Khalid dan YB Zul.

Beberapa orang penulis muda telah mengecam "geng perpaduang" yang mereka lihat akan menghancurkan masa hadapan PAS melalui kerjasama dengan UMNO. Beberapa pemimpin PAS dan cendikiawan yang berpandangan serupa telah mempengaruhi ramai orang untuk mempercayai bahawa "geng perpaduang" ini merupakan malapetaka kepada PAS. Hasilnya berlaku keretakan serius dalam kalangan penyokong PAS itu sendiri.

Nada saya berubah 360 darjah, bila mana sy menonton siaran Soal Jawab di TV3. Hujah yang dikemukakan oleh YB Zulkifli Nordin membuatkan saya terfikir akan kebenarannya. Bagi saya kita terlalu berpolitik dan bermusuh dengan UMNO tanpa memikirkan tentang masa hadapan umat Islam di Malaysia. Tergerak hati saya untuk membaca semula penjelasan-penjelasan TG Hadi berhubung kerjasama dengan UMNO dan saya nampak kebijaksanaan dan keikhlasan TG Hadi dalam kerja2 dakwah.

Semasa artikel Permohonan Maaf Buat TG Hadi Awang disiarkan di TKO, ramai yang mengucapkan rasa syukur dan tidak kurang juga yang meragui keikhlasannya. Ada juga yang menganggap saya adalah cybertrooper UMNO yang diupah oleh Tun Faisal. Pada hari ini saya mengambil keputusan untuk menyatakan alasan sebenar saya menyokong TG Hadi Awang berhubung kerjasama dengan UMNO.

1. PAS Reform mengambil kira pengkhiatan UMNO terhadap PAS pada tahun 60-70 an dahulu sebagai alasan kenapa PAS tidak harus bekerjasama dengan UMNO. Namun bagi saya, situasi pada masa itu dengan masa sekarang adalah berbeza. Tahap kefahaman umat Islam Malaysia terhadap agama Islam adalah kurang berbanding sekarang. Ketika itu mereka menganggap bahawa politik dan agama dua perkara berbeza. Begitu banyak perkara2 khurafat yang diamalkan oleh muslim Malaysia. Agak sukar untuk berbicara soal agama dalam keadaan seperti itu. Itu dari segi akidah dan kefahaman Islam.

2. Dari segi kekuatan PAS itu sendiri. Dahulu pengaruh PAS terhad kepada orang2 kampung dan golongan2 lebai sahaja. Sekarang, PAS didokong sama golongan profesional dan anak2 muda pasca reformasi dari berbilang kaum. PAS kini merupakan parti arus perdana yang kukuh untuk diperdayakan oleh UMNO.

3. PAS harus menunjukkan kematangan dalam berpolitik. PAS tidak harus dilihat menutup pintu terhdp UMNO apabila diajak untuk berbincang lebih2 lagi berkaitan dengan agama. Bagi saya, ini peluang terbaik PAS untuk membuka mata publik tentang keupayaan sebenar PAS dalam gerakan dakwah. Pendapat2 daripada tokoh PAS akan lebih mudah didengar oleh publik melalui kerjasama tersebut.

4. Sy nampak usaha TGHA adalah kesinambungan usaha Anwar Ibrahim untuk menambahbaikkan kerajaan melalui pendekatan dakwah. Meskipun ada pendapat yang mengatakan Anwar masuk tong taik, namun pada pandangan saya itulah pengorbanan Anwar yang berjaya menggerakkan dakwah ke dalam masyarakat Islam pada era 80-an dahulu. Melalui sistem pendidikan islam, perbankan islam, penerapan nilai2 islam kepada kakitangan kerajaan serta menggalakkan program2 keagamaan seperti forum perdana ehwal islam dan al-kuliah yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu, telah menyebabkan anjakan paradigma umat Islam terhadap kefahaman Islam.

Memang tidak dapat dinafikan, masih ada lagi saki-baki kejahatan dalam UMNO. Namun demikian, Pak Lah telah membuka ruang untuk gerakan dakwah kembali menular dalam parti itu yang menjadi kerajaan persekutuan ketika ini. Semenjak kehilangan Anwar dalam kerajaan, terasa benar kosongnya pengisian dakwah di dalam kerajaan. Hasilnya, maka terjadilah kebejatan sosial yang semakin meruncing ketika ini.

PAS Reform mungkin beranggapan PAS akan hanya berjaya bila mana dapat menjatuhkan UMNO dan bersama2 Pakatan Rakyat. Tapi tahukah kalian betapa sukarnya menjatuhkan sebuah parti Melayu yang sudah berakar umbi di sanubari umat Melayu itu? Adakah anda pasti, PAS dapat menubuhkan kerajaan yang islamik melalui kerjasama dengan parti2 seperti DAP dan PKR?

Bagi saya, adalah lebih mudah mendakwahkan UMNO daripada menjatuhkannya. Sebab itulah saya katakan, Prof. Harun Din dan TGHA seorang pemimpin Islam yang jauh dan tajam pemikirannya. Sy berterima kasih kepada pengikut setia PAS yang wala' dan memudahkan kerja2 Presiden. Kalian, PAS Reform sebenarnya yang menyusahkan keadaan. Membuatkan PAS berpecah-belah, menyuburkan amalan fitnah dan berburuk sangka.

5 comments:

  1. Oh begitu. Walauapa pun, Ese hormat pandangan akak :)

    ReplyDelete
  2. Li, walau cam mano pun kito totap kawan.

    ReplyDelete
  3. Perkauman..anti cina... dan berfikiran tahun 60an

    ReplyDelete
  4. Apalah punya pemikiran, asal cakap pasal melayu je terus letak perkauman, anti cina dan ketinggalan zaman.

    ReplyDelete