Wednesday, February 24, 2010

MELAYU bukan UMNO






Sasterawan negara, Usman Awang menukilkan pengertian MELAYU seperti berikut :




Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Entah sebab apa, selepas PRU12, MELAYU sudah bertukar takrifnya. Agak sukar untuk berbicara fasal MELAYU sekarang. Barang siapa yang bercakap tentang MELAYU dituduh rasis, dituduh anti-cina, dituduh UMNO, dituduh pengikut Brahim Ali.

Orang sekarang sudah tak kisah fasal MELAYU. Orang sekarang bercakap fasal ketuanan RAKYAT, ketuanan ISLAM dan 1 MALAYSIA. Kalau ada pihak yang mahu bersuara fasal MELAYU, mereka akan ditertawakan dan disindir sebagai rasis dan ketinggalan zaman.

Bahasa MELAYU seakan dipinggirkan apabila Bahasa Inggeris dijadikan pengantar bagi subjek Sains dan Matematik. Papan iklan dan papan tanda diletakkan 3 atau 4 bahasa seolah2 orang Malaysia tidak memahami bahasa MELAYU. Tulisan jawi tidak lagi dipopularkan dan hanya diajar dalam subjek Pendidikan Agama Islam sahaja.

Anak-anak MELAYU sudah lupa nilai2 MELAYU. Saban hari lahir anak-anak MELAYU tanpa bin atau binti. Anak MELAYU yang jantannya leka dengan dunia rempit, syabu dan daun ketum. Yang betinanya, walaupun bertudung, asyik melekap dengan jantan masing2. Tanpa segan silu, tanpa menghiraukan tegahan agama dan adat Melayu.

Pemimpin-pemimpin MELAYU pula terlalu sibuk berpolitik. Yang satu sibuk dengan retorik ketuanan MELAYUnya. Yang satu lagi terlalu menjaga hati dan membela rakan sekapal. Bila diajak bermuzakarah demi kepentingan Melayu dan Islam, ada pula yang melenting. Di katanya parti itu hendak bergabung dengan parti satu lagi.

Wahai MELAYU (kalau masih sudi dipanggil Melayu), tiba masanya untuk bermuzakarah. Bukanlah maksudnya hendak berpadu sebagai satu parti politik. Mari bincang fasal MELAYU. MELAYU semakin mengecil bila mana sebahagiannya telah di"Indonesia"kan. Hanya ada kerajaan MELAYU di Semenanjung dan Brunei. Itulah warisan yang kita ada untuk diperturunkan kepada generasi akan datang. Jangan biarkan ia PUPUS akibat pertelagahan sesama sendiri.

1 comment: