Monday, March 1, 2010

Srikandi SB???

Srikandi baru je dalam dunia penulisan blog dan facebook. Baru tahun ni. Ramai juga yang mahu jadi rakan termasuklah seseorang yang ber"nickname"kan Sosialis Hijau. Pada mulanya, Srikandi tak endahkan dia. Tapi bila dia cakap blog dia sudah mencapai 50,000 pelawat, Srikandi pun masuklah blog dia. Srikandi ingat blog dia hebat sehebat blog Aduka Taruna. Bagus juga blog dia. Ada banyak2 gambar termasuklah tokoh2 komunis.

Namun bila Srikandi baca N3nya, Srikandi tak berapa berkenan. Kalau dah sampai memfitnah dan mengaibkan seorang ustazah, itu bukan menggambarkan seorang yang baik. Rupa2nya dia menggunakan cerita ustazah itu semata2 untuk menarik ramai pengunjung. Srikandi pun tak berapa faham, kenapa dia begitu kemaruk nak tarik ramai orang masuk blog dia. Mungkin dapat duit kut? Entah, Srikandi pun tak faham tentang benda2 ni. Srikandi cuma jadikan blog ini sebagai diari untuk menyatakan pandangan peribadi Srikandi sahaja. Siapa nak baca, bacalah. Tak mau baca, Srikandipun tak kisah.

Pada mulanya, Srikandi hendak meninggalkan komen di blog dia, tapi hanya ahli blog dia sahaja yang dibenarkan meninggalkan komen. Srikandi komenlah kat fb dia. Peliklah cara dia jawab. Tergelak2 macam orang hilang akal. Hari tu harijadi dia. Ramai orang ucap selamat hari jadi. Ada peminat lelaki dia kasi bunga. Pelik juga sama2 lelaki kasi bunga. Srikandi yang nakal ni usiklah dia. Kalau ikutkan, umur dia baru 38 thn. Tapi dia punya sensitif macam orang 50 tahun. Pantang provok sikit terus melenting2 tuduh Srikandi sb. Pelik betul. Dikatanya sb koboi BM. Ntah sape ntah si koboi tu. Sri manalah minat citer koboi.

Hari ini dia bukan lagi rakan fb. Dia percaya yang Sri ni betul2 sb. Kenapa dia berfikiran begitu dan kenapa sb nak intip dia? Dia ni siapa? Hebat sangat ke dia ni sampai kerajaan takut? Kalau macam Aduka Taruna tu lainlah. Kepada sipemakai nick Sosialis Hijau, Sri nak kasi tau yang Sri bukan sb pun. Sri cikgu skolah jer. Kalau kamu gemar mengkritik, kamu juga harus siap untuk dikritik.

Tak mengapalah kalau dia tak mau berkawan dengan Sri lagi. Meskipun dia memfitnah Sri, Sri tetap memaafkan. Lagipun Sri ada ramai lagi rakan fb yang baik hati. Semoga persahabatan terus terjalin tanpa prasangka dan prejudis.



2 comments:

  1. alaa..budak sosialis tu camtu lah perangainya, perasan glamor. setiap n3 dlm blognya tak kira bincang ape, mesti ada kutuk mengutuk, maki hamun ustaz pasti kat penang tu. igt aku, bincang pasal bola pun mesti diselitkan ustaz pasti yg kaki perempuan yg didakwanya.tak habis2. jadi muak aku, skit pasal tu

    setahu aku pun, takdak sorang pun yang duk komentar kat publish dia tu. cakap berapi tapi habuk tarak. hanya perasan je lebih

    ReplyDelete
  2. tak konal den si siosalis ni. sapo tah

    ReplyDelete