Saturday, March 20, 2010

Antara Pengkhianatan dan Pembohongan

A) Pengkhianatan Zahrain

Terkejut beruk! Tak sangka si Zahrain akan bertindak sedemikian rupa. Habis dilondehnya rahsia PKR. Bersorak sakan orang2 UMNO menyambut pembongkaran Zahrain itu. Merah padam muka DSAI sampai angkat kaki keluar dewan. Jahat sungguh si Zahrain! Dia sanggup menggunakan parlimen untuk membalas dendam kepada DSAI dan PKR. Bukankah seorang muslim itu dituntut untuk menjaga air muka muslim yang lain? Kalau benarpun dakwaan Zahrain itu, apa salahnya berbincang di dalam parti dan selesaikannya secara baik? Atau, mungkin boleh guna cara lain misalnya blog atau media untuk membuat penjelasan. Ah, serupa sahaja akhlak PKR dengan UMNO. Masing2 mengamalkan politik yang menghalalkan cara ciptaan yahudi. Sanggup berbuat apa sahaja demi cita2 politik.

B) Penipuan Anwar

Dahulu saya memang penyokong setia Anwar Ibrahim. Dia idola saya semenjak remaja lagi. Sy percaya dia 100%. Sy tak pernah percaya cerita2 negatif tentang dia. Namun pendedahan Zahrain itu mendorong sy untuk percaya. Memang semasa ura2 16 September 2008, kita telah menerima khabar angin kononnya YDPA telah perkenan Anwar jadi PM, ATM menyokong 16 September, beberapa AP BN akan melompat ke PR dan sebagainya. Khabar2 angin itu bukan datangnya dari UMNO tetapi dari PKR sendiri.

Sy pada ketika itu sangat teruja untuk melihat Anwar menjadi PM. Malahan ada seorang forumer TKO sanggup bertaruh untuk berbogel sekiranya agenda 16 September itu tidak tercapai. Begitulah yakinnya penyokong2 Anwar terhadap janji2 Anwar itu. Namun hasilnya kosong! Sebelum itu, kita telah diingatkan oleh Cikgu Pa (PAS) bahawa 16 September tidak akan menjadi kenyataan kerana sidang parlimen tidak berlaku pada tarikh tersebut. Sebaliknya ingatan ikhlas Cikgu Pa itu dikecam hebat oleh penyokong Anwar yang beranggapan Cikgu Pa memusuhi Anwar. Apabila 2 orang ADUN PKR dan seorang ADUN DAP melompat parti sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PR di Perak, Karpal sudah tidak boleh bersabar lagi. Dia menyalahkan Anwar dengan idea lompat partinya dan meminta Anwar bertaubat. Ketika itu juga saya masih tidak berprasangka terhadap Anwar, malah saya memarahi Karpal kerana mengkritik Anwar di media. Sehinggalah satu persatu AP PKR keluar PKR, tanpa Anwar berusaha untuk menghalang. Saya melihat ada sesuatu yang tidak kena dengan Anwar dan PKR.

Pendedahan Zahrain itu mencalarkan terus reputasi Anwar. Memang dasar orang UMNO, sampai bila2pun akan bawa tradisi UMNO itu bersama2. Kenapa Anwar tak serik2? Kenapa sanggup menggunakan cara yang tidak bermoral untuk mencapai cita2? Kenapa sanggup menipu dan memperbodohkan penyokong dan pengundi sendiri?

Allah memberi peluang kepada Anwar untuk mengubah dan memperbaiki diri. Tapi Anwar sia2kan peluang itu. Benar Anwar telah menyatu-padukan rakyat untuk menjatuhkan BN. Namun dia terlalu tamak dan terburu-buru untuk menjadi PM sehingga melakukan penipuan yang begitu ketara. Sepatutnya kelebihan yang Allah kurniakan kepadanya itu digunakan untuk melatih bakal2 pemimpin negara yang berkualiti. Nasi dah jadi bubur. Besar kemungkinan Anwar akan dipenjarakan lagi, meninggalkan PKR dengan imej yang teruk tercemar. Tanpa pewaris yang benar2 berwibawa untuk memimpin.

5 comments:

  1. akum dan selamat sejahtera keatas kamu,
    bleh tak jangan jd munafik,jgn tipu la,ko mmg bukan penyokong anwar pandai je blakon ko sokong anwar.aku bkn penyokong totok anwar tapi aku setuju dengan agenda beliau sebagai seorang yang membawa suara rakyat seperti aku untuk membongkar kebobrokan umno.ko xkan tak nampak betapa teruknya pemimpin umno sampai masuk pkr pon masih xleh ubah perangai.pasal tu la aku sokong psm,prm dap daan paling aku agung adalah pas kerana mereka ini tidak terlibat rasuah yg menjadi amalan macam makan nasi dalam umno.aku xsuka duit rakyat lenyap dan lesap macam kes enjin jet hilang.bukan nak salahkan menteri sepenuhnya tapi yg mendidik adalah pemimpin.lagi satu ko tengok betapa zalim nya mereka dlm kes royalti.ko jawab la ye

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. salam,,ana mengharapkan kpd sri kandi agar membuang blog aduka teruna daripada tautan blog saudari...tahukah betapa beratnya dosa cemuhan dan kata2 kesat yang dilemparkan oleh aduka terhadapa ummul mukminin dan sahabat2 nabi yang lain?

    jgn di promosikan kata2 kesat dan gaya2 bahasa yang tidak beradab, dikhawatiri anda mendapat saham dosanya. maafkan teguran ini, syukran.

    ReplyDelete
  4. Salam DAKWAH YEOP. Saya menilai tulisan Aduka Taruna dari sudut pandangan dan bukannya kata makian. Dalam sesebuah penulisan sastera mempunyai banyak unsur ambiguiti dan metafora. Untuk memahami maksud, perlu dibaca keseluruhan isi, kemudian barulah ditafsirkan. Untuk menilai maksud sebenar si penulis, kita perlu berlaku adil dengan mengenepikan sebarang sentimen. Pandangan AT menunjukkan dia cakna terhadap PAS dan mahukan parti itu memerintah Malaysia seterusnya mewujudkan kerajaan Islam. Namun demikian, beliau berpendapat, Hj Hadi dan beberapa pemimpin yang mahu berbaik2 dgn UMNO sebagai penghalang kepada cita2 itu. Penggunaan kata2 keras adalah untuk menarik perhatian orang untuk membaca seterusnya berfikir. Ada kala sy bersetuju dan ada kala tidak bersetuju dengan pandangan beliau. Sama ada bersetuju atau tidak, kemukakan hujahan secara rasional.

    Sekian.

    ReplyDelete
  5. Salam Reformis, saya bersekolah semasa Anwar menjadi menteri Pelajaran dan saya bekerja semasa Anwar menjadi menteri Kewangan dan TPM. Orang yang sezaman dgn saya adalah produk yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin bernama Anwar Ibrahim. Maka tidak hairanlah orang yang sezaman dgn sy mudah taksub terhadap Anwar sehingga berlakunya gelombang reformasi rakyat lewat kejatuhannya. Kami mudah dipengaruhi dengan pidato2 nya yang berapi2 untuk mengundang kebencian yang teramat kepada musuh2 politik beliau. Kedewasaan mengajar diri ini menjadi lebih rasional untuk menilai. Sy bukan orang UMNO dan sy juga bukan penjumud PR. Sy menyokong mana yang sy rasa betul dan mengkritik mana yang dirasakan x betul.

    ReplyDelete