Friday, March 12, 2010

Manipulasi Blog Zulkifli


Sekurang2nya 2 artikel yang di siarkan di Tranungkite Online telah dikesan memanipulasikan tulisan dalam blog Zulkifli Nordin bagi tujuan menimbulkan kebencian dan persepsi negative pembaca terhadap YB Zulkifli Nordin. Kedua2 artikel yang ditulis oleh Dewa dan dilulus siar oleh TKO itu bertajuk Zulkifli Nordin : Pembincangan Selesai dan Zulkifli Nordin : Nik Aziz tidur di celah kelangkang Lim Guan Eng.


Membaca kedua2 tajuk tersebut, pembaca akan menyangka bahawa Zulkifli Nordin telah menerima rasuah daripada UMNO dan Zulkifli Nordin telah menyatakan Nik Aziz menjadi baruah Lim Guan Eng. Sedangkan dalam tulisan asal di sini dan di sini, apa yang dimaksudkan Zulkifli Nordin bukanlah seperti tajuk tulisan Dewa itu.

Peruntukan untuk Kampung Keda Dingin itu telah diluluskan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah sejak Januari lagi. Peruntukan itu adalah untuk menjana ekonomi penduduk di kawasan tersebut dan tidak sepatutnya dilihat sebagai rasuah.

Berkaitan badut ingusan pula, ZN tidak menujukannya kepada TGNA tetapi kepada dua tiga kerat orang PAS yang melenting2 marah sambil memaki hamun ekoran pelawaan Tuan Ibrahim Tuan Man kepada YB Zulkifli Nordin. Sedangkan TGNA tidak pernah memberi komen terhadap perkara berkenaan. Oleh itu TGNA bukanlah "badut ingusan" yang dimaksudkan itu. Malah dalam tulisan tersebut, ZN telah menyatakan dengan jelas bahawa beliau menghormati pandangan Ust. Nasharuddin Tantawi, Cikgu Pa, Dr. Hatta dan lain2 ulama PAS yang tidak bersetuju beliau menyertai PAS kerana mengutamakan hubungan dengan PKR dan DAP.

Pembaca TKO sangat marah bila Utusan Malaysia memanipulasikan kenyataan Presiden dan lain2 pemimpin PAS. Dalam masa yang sama pembaca TKO menghalalkan pula artikel yang jelas memanipulasi kenyataan asal YB Zulkifli Nordin itu.

Besarlah harapan saya agar pihak TKO dapat menapis artikel berunsur fitnah, menghasut dan menyerang peribadi seperti ini pada masa akan datang. Semoga TKO lebih amanah dan bertanggungjawab dalam menyiarkan artikel di laman berkenaan.

3 comments:

  1. salam, pertama kali melawat blog ini. sy tertarik dgn ulasan berkenaan artikel2 di blog YB zul kerana sy antara pengikut setia blognya.

    terus terang sy katakan bhwa sy bukanlah pengikut YB zul, tetapi sekadar mengikuti ulasan serta kenyataan2 yg dibuat olehnya.

    berkenaan kenyataannya berhubung 'badut ingusan' dan peruntukan pembangunan kampung tu, terlalu banyak penghinaan terhadap YB yg sy baca menerusi komen di blog tersebut. ternyata mereka yg memberi komen di situ sudah turut terpengaruh dgn TKO. lantaran itu mereka memberi persepsi negatif bagi tiap kata yg diungkapkan YB zul. cukup malang.

    terkadang sy sedar ada benarnya kenyataan nik abduh bahawa antara pakatan dan barisan, tiada yg Islamik. tapi sekurang2nya kita ambil di mana yg lebih membawakan Islam. situasi sekarang mendesak kita umat Islam untuk lebih mempertahankan Islam. tetapi tidak lagi dengan platform pas. pas kini bukan platform perjuangan Islam. suara mereka ialah juga suara dap dan pkr. suara sosialis, suara secular.

    walaupun nik abduh skrg kaya raya dan memiliki kenderaan mewah serta bernombor plat special, namun ada benar ungkapannya itu. org yg menyalahgunakan kedudukan kadangkala bijak gunakan akal.

    ReplyDelete
  2. Pd PRU yang lalu sy menyokong PR semata2 untuk menjatuhkan BN. Namun setelah 3 tahun berlalu, sy tidak nampak Islam dapat ditegakkan melalui kerajaan campuran PAS-PKR-DAP. Dlm banyak hal, suara PAS dipinggirkan. PAS tidak dibenarkan bersuara lantang membawa isu Islam bimbang mengguris hati rakan2 bukan beragama Islam. Sangat menyedihkan apabila bercakap tentang Melayu dan Islam kita terus dicop sebagai rasis dan ekstremes, sedangkan perkara seperti itu tidak berlaku sebelum PRU12.

    ReplyDelete
  3. sy kagum dgn pas apabila mereka menggunakan alasan di malaysia tidak semua melayu itu Islam dan tidak semua Islam itu melayu, untuk menguatkan lagi hujah untuk tidak perjuangkan isu melayu. sedangkan kita maklum bahawa perangkaan peratusan melayu Islam di malaysia adalah lebih dari 99 peratus dari jumlah penduduk melayu. sy katakan melayu, bukan bumiputera sabah sarawak. oleh yg demikian, perjuangkan hak melayu di malaysia adalah juga perjuangkan hak Islam, juga sebaliknya.

    pas menggunakan alasan ini untuk kekal liberal. mereka mahu menjadi seliberal pkr. dan mungkin pada pru13 nanti mereka akan menjadi seliberal dap. kita boleh lihat kenyataan2 yg dibuat oleh manusia2 maha bijaksana dlm pas, iaitu mereka2 yg tidak memakai kopiah@serban. antara mereka ialah khalid samad, mahfuz, salahuddin, dan husam. mereka2 ini adalah golongan bijaksana yg teramat sgt dlm berbicara. dan mereka2 ini jugalah golongan liberal perosak pas.

    ReplyDelete