Monday, March 8, 2010

Kosongkan Kerusi - Jawapan YB Zul

Pada penulisan yang lalu, saya telah meminta Kak Wan berkata sesuatu. Kak Wan dah mula bersuara! Kak Wan suruh YB Zulkifli kosongkan kerusi. Memang jenis tak kenang budi perempuan ni. Hilang habis respect saya kepada dia. Kalau macam ni punya jawapan, baik kamu diam sajelah Kak Wan oi. Biarkan firaun2 kecil tu saje yang uruskan. Kamu duduk diam2 jaga suami kamu tu. Lagipun tak lama lagi dia dah nak masuk penjara dah. Gunalah masa yang terhad ini untuk bersama suami. Tak payah lah campur politik. Jadi lambang saje pun dah cukup. Kepada pentaksub PKR yang suruh YB Zulkifli letak jawatan, mari baca jawapan YB Zulkifli ni.

Berkaitan desakan DSWA supaya saya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Bharu kononnya atas dasar prinsip demokrasi, saya ingin menegaskan:

1. Bukan saya yang meninggalkan PKR. Sebaliknya saya dipecat walaupun sehingga saat terakhir saya masih lagi berpegang kepada prinsip supaya saya diberi peluang membela diri dihadapan panel Lembaga Disiplin yang beragama Islam kerana isunya membabitkan kalimah ALLAH. Tetapi DSWA enggan memberikan saya peluang membela diri berdasarkan prinsip keadilan sejagat dan hak asasi kemanusiaan yang kononnya diperjuangkan oleh PKR. Dan kini, setelah menzalimi saya dan menjadikan saya mangsa mainan Fir’aun-Fir’aun Kecil ini, DSWA mahukan saya mengosongkan kerusi Palrimen kononnya atas dasar prinsip demokrasi dan keadilan. Look who’s talking!?

2. Pada 02.09.1998, DSAI telah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dibuang daripada menjadi ahli UMNO. Saya tidak mendengar pun desakan oleh DSWA supaya DSAI mengosongkan kerusi beliau sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh semasa itu. Kalau DSAI tidak didesak mengosongkan kerusi kerana dipecat pada masa itu, mengapa pula DSWA kini mendesak saya berbuat perkara yang beliau sendiri tidak lakukan? Bukankah ini bukti kenyataan DSWA tersebut adalah sekadar political expediency untuk menyeronokkan Fir’aun-Fir’aun Kecil yang mengelilingi beliau!

3. Mengapa semasa ADUN Parit YB Dato’ Nasharuddin melompat ke PKR daripada UMNO DSWA tidak pula mendesak beliau mengosongkan kerusi DUN Parit atas prinsip keadilan dan demokrasi. Malahan DSWA menyatakan pada masa itu ianya adalah hak YB Dato’ Nasharuddin memilih parti mana yang ingin beliau sertai dan hak beliau untuk terus kekal sebagai ADUN Parit. Jadi saya mahu bertanya kepada DSWA, mana pergi prinsip demokrasi dan keadilan yang beliau laungkan itu, atau adakah beliau sekadar menjadi Pak pelaung Fir’aun-Fir’aun Keci itu?!

4. Semasa konspirasi 16.09 dilaksanakan, DSWA dan PKR telah menghantar YB Saifuddin Nasution, YB Elizabeth Wong dan beberapa orang lagi ke Taiwan untuk mengejar Ahli-Ahli Parlimen BN untuk memujuk mereka melompat ke PKR. Saya tidak pula mendengar DSWA bertegas menyatakan Ahli-Ahli Parlimen BN tersebut mesti mengosongkan kerusi parlimen masing-masing atas dasar dan prinsip keadilan dan demokrasi! Apakah bila untuk kepentingan sendiri semuanya halal belaka, tetapi bila terkena batang hidung sendiri semuanya haram! Apakah matlamat menghalalkan cara? Atau apakah itu sebenarnya dasar dan tembelang PKR?

5. Adalah jelas sekarang PKR sudah kehilangan majoriti di Parlimen. Kerusi Parlimen PKR tinggal 27, sebaliknya DAP mempunyai majoriti iaitu 28 kerusi dan PAS 23 kerusi. Mengikut dasar dan prinsip demokrasi, sepatutnya DSAI sudah pun meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang! PKR sudah tiada alasan politik dan demokrasi untuk terus memegang jawatan Ketua Pembangkang tersebut. Jadi kalau DSWA merasakan bahawa DSAI boleh terus memegang jawatan Ketua Pembangkang walaupun bercanggah dengan prinsip keadilan dan demokrasi, mengapa pula saya tidak boleh terus memegang kerusi sebagai Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, apatah lagi saya dipilih dan diundi oleh rakyat. Biarlah rakyat yang menentukannya pada pilhanraya umum yang akan datang. Dan jika DSWA berani, marilah kita bertanding di Parlimen Kulim Bandar Bharu-satu lawan satu!

3 comments:

  1. Kak Srikandi,

    Jika letak monyet sebagai calon PKR di Kulim Bandar Baru, tentu monyet tu monang. Org undi lambang bukan calon. Itu sentimen 2008. Tu sobab dipanggil tsunami rakyat dikala tuntutan Bersih bg dakwat dijari x diendahkan.

    Rakyat bangkit undi PR wlpn tahu ado penyelewengan bertubi2 dari spr.

    Wan azizah mencabarnya letak jawatan supaya bagi si zul sedar bhw org undi dia bukan krn dia tetapi krn lambang parti pkr.

    ReplyDelete
  2. Li, kalau macam tu, next pru suruh pkr letak monyet kat permatang pauh. Ada berani?

    Li, sebenarnya kekuatan PKR dan UMNO adalah 50-50. Yg menentukan kemenangan adalah orang atas pagar. Orang atas pagar lebih pilih calon daripada parti sebab mereka tidak ada kepentingan dalam mana2 parti. Orang atas pagar(Melayu) melihat YB Zul sebagai pejuang agama dan bangsa yang ditindas olehh PKR kerana kelantangannya mengenai kalimah Allah dan kritikan terbuka kepada DAP.

    Satu lagi contoh, ialah di Terengganu pada p/raya 2004. BN telah memilih calon dari kalangan profesional dan agama bagi menyaingi calon PAS. Pada mulanya orang memilih PAS sebagai parti pilihan, namun swing berlaku dua-tiga hari sebelum p/raya apabila calon BN lebih mesra dengan masyarakat berbanding calon PAS. Akhirnya BN dapat merampas semula Terengganu.

    Satu lagi, Isa Samad menang dengan majoriti besar di Bagan Pining sebab ketokohannya lebih dikagumi daripada calon PAS.

    Kesimpulannya, kemenangan sesuatu parti juga bergantung kepada kewibawaan calon yang diletakkan itu.

    ReplyDelete
  3. Oh begitu. Jikalau begitu, eloklah diadakan pilihanraya kecil di Kulim Bandar Baru. Ini juga untuk memastikan kebenaran kata2 akak srikandi.

    Kita lihat samada Zul monang atas kapasiti sendiri atau kapasiti lambang PKR. Agak-agak berani tak dio ni kak?

    ReplyDelete