Friday, March 12, 2010

Debat Khalid Samad dan Zulkifli Nordin


Secara peribadi saya teruja untuk mengikuti perdebatan antara YB Khalid Samad dan YB Zulkifli Nordin berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian. Ini adalah kerana kita dapat mendengar hujah daripada kedua2 tokoh berkenaan berhubung isu tersebut seterusnya menilai semula persepsi terhadap kedua2nya.

Namun setelah difikir2kan semula, saya berpendapat pelawaan debat itu hanya akan mengundang implikasi negative kepada PAS.


1. Rakyat akan melihat bahawa KS / PAS mewakili Kristian manakala ZN mewakili Islam. Sedangkan paderi besar Kristian sendiri pun tidak pernah mencabar ZN untuk berdebat mengenai isu itu.

2. KS adalah seorang jurutera manakala ZN adalah seorang peguam yang dilatih untuk berdebat. Di atas kertas, peluang KS untuk menundukkan ZN adalah tipis dan jika ini berlaku akan mengaibkan PAS serta memberi peluru kepada musuh untuk menyerang habis-habisan.

3. Pendirian ZN berhubung isu tersebut adalah senada dengan UMNO. Hujah2 ZN dalam perdebatan itu nanti akan digunakan oleh media2 UMNO untuk mempengaruhi rakyat bahawa PAS sudah lari dari landasan perjuangan asalnya semenjak bekerjasama dengan PKR dan DAP.

4. Dalam kalangan pemimpin PAS sendiri ada yang tidak bersetuju Kristian menggunakan kalimah Allah. Ust. Taib Azamudin terlebih dahulu menyanggah KS di parlimen berhubung isu tersebut. Manakala Prof. Harun Din menyertai demo membantah penggunaan kalimah Allah oleh Kristian malah menjatuhkan hukum kufur kepada sesiapa yang menyokongnya. Sepatutnya KS patut berdebat dahulu dengan 2 tokoh ulama PAS ini terlebih dahulu sebelum menyerang orang di luar parti.

PKR sendiri tidak sanggup mengambil risiko untuk memenuhi tuntutan YB Zulkifli Nordin bagi menyediakan tokoh beragama Islam bagi mengadilinya. Jelas PKR takut Zulkifli akan cemerlang dalam perbicaraan itu seterusnya membantutkan usaha menyingkirkan beliau. Tetapi kalau Khalid Samad berani ambil risiko itu, teruskanlah. Saya cuma menyatakan pandangan. Baik buruknya terpulanglah kepada anda untuk memikirkannya.

1 comment:

  1. Assalamualaikum

    Senang cerita, sama-samalah kita sokong debat tersebut diadakan sebab kita pun nak dengar jugak hujah2 dua-dua pihak. betul x srikandi?

    Janganlah mengelak-elak kerana ia akan mendedahkan kita seperti pengecut yang bodoh dan cakap tak serupa bikin..

    Betul x srikandi??

    Wassalam

    ReplyDelete