Sunday, March 7, 2010

Parti Baru YB Zul

PAS dan UMNO telah mempelawa YB Zulkifli Nordin untuk bernaung di bawah parti mereka. YB Zul pernah menyatakan kemungkinan untuk menyertai PAS dan mengatakan TIDAK untuk UMNO. Terdapat juga cadangan supaya YB Zul menubuhkan parti sendiri supaya dapat melaksanakan jenis politik yang hendak dibawa. Salah satu komen dan cadangan menarik dalam blog YB Zul adalah seperti yang ditulis oleh Muhamad Fakhrul Radzi seperti berikut :

Assalamualaikum YB Zul.

Saya tertarik dengan kata-kata YB bahawa "parti hanya wadah" dan "apa yang utama adalah apa yang saya boleh buat untuk Islam".

Saya Muhammad Fakhrul Razi bersedia bertemu dengan YB untuk berbincang menubuhkan parti baru yang akan menjadikan perjuangan Islam paling utama untuk dibela, dan hanya memperalatkan wadah kepartian untuk mencapai cita-cita itu. Tiada kecintaan pada kepartian, tapi kecintaan pada Islam paling tinggi dan tak ada tinggi lebih darinya.

Saya juga tertarik dengan matlamat YB untuk menyatukan politikus melayu-islam dengan saranan YB supaya UMNO-PAS-PKR dapat bersatu sekurang-kurangnya dalam isu pembelaan untuk Islam.

Jika kita menubuhkan parti baru, parti itu bukan mencari musuh politik, atau bersekongkol dengan kem satu pihak samada kerajaan atau pembangkang, seperti lazim setiap parti baru ditubuhkan. Tapi parti baru kita ditubuhkan dengan matlamat untuk memujuk parti-parti yang cenderung pada Islam atau ada niat untuk Islam ditegakkan bersama kita membentuk kem baru, Dengan asas pakatan itu adalam pembelaan pada Islam. Itu akan membezakan matlamat perjuangan BN atau PR yang mahu mengangkat ideologi demokrasi liberal atau rasisme, mahupun berjuang menurut kemahuan rakyat semata-mata.

Saya akan tamat belajar hujung Mac ini, saya akan berusaha menghubungi YB dengan segera selepas itu.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment