Wednesday, February 17, 2010

Permohonan Maaf Buat TG Hadi Awang

Srikandi mengakui bahawa Srikandi telah tersilap menilai tok guru. Dahulu Srikandi kata tok guru lembab, bodoh, agen UMNO dan tak layak jadi presiden PAS. Srikandi mengakui Srikandi terlalu tamak dan mahu PAS cepat berkuasa.

Baru sekarang Srikandi mengerti maksud tok guru. Tentang majoriti melayu muslim di parlimen, tentang kerjasama dengan UMNO, tentang "biar PAS kalah asal Islam menang". Sememangnya Srikandi terlalu bodoh untuk menilai berbanding tok guru yang sudah lali dengan sepak terajang politik.

Srikandi mengerti kini kenapa tok guru sentiasa diam bila dihentam kiri dan kanan. Tok guru tak mahu menghuru-harakan keadaan. Tok guru tak mahu PAS berpecah-belah semata2 mahu menegakkan pendirian tok guru. Dan Allah maha Mengetahui, meskipun tok guru diam, dibukakan hati kami sedikit demi sedikit untuk menerima kebenaran.

Bahawa untuk menegakkan negara Islam di bumi tercinta ini adalah melalui penyatuan orang2 Melayu yang merupakan majoriti umat Islam di Malaysia. Bukannya melalui kerjasama dengan parti yang tidak rela dengan negara Islam. Sokongan daripada kaum lain akan hadir sendiri bila mana mereka lihat tentang kecantikan pemerintahan Islam itu sendiri.

Srikandi menyesali keterlanjuran dan kebiadapan Srikandi sebelum ini. Maafkanlah Srikandi yang tidak mengerti ini. Teruslah usaha murni mu itu. Srikandi akan sentiasa menyokong tok guru.

2 comments:

  1. ikhlas ke ni, macam ada sesuatu yang tersirat je dalam ayat ayat ini.

    ReplyDelete
  2. Betapa mulionya hati akak Srikandi. Ese menghormati pandangan akak :)

    ReplyDelete