Wednesday, February 24, 2010

MELAYU bukan UMNO






Sasterawan negara, Usman Awang menukilkan pengertian MELAYU seperti berikut :




Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Entah sebab apa, selepas PRU12, MELAYU sudah bertukar takrifnya. Agak sukar untuk berbicara fasal MELAYU sekarang. Barang siapa yang bercakap tentang MELAYU dituduh rasis, dituduh anti-cina, dituduh UMNO, dituduh pengikut Brahim Ali.

Orang sekarang sudah tak kisah fasal MELAYU. Orang sekarang bercakap fasal ketuanan RAKYAT, ketuanan ISLAM dan 1 MALAYSIA. Kalau ada pihak yang mahu bersuara fasal MELAYU, mereka akan ditertawakan dan disindir sebagai rasis dan ketinggalan zaman.

Bahasa MELAYU seakan dipinggirkan apabila Bahasa Inggeris dijadikan pengantar bagi subjek Sains dan Matematik. Papan iklan dan papan tanda diletakkan 3 atau 4 bahasa seolah2 orang Malaysia tidak memahami bahasa MELAYU. Tulisan jawi tidak lagi dipopularkan dan hanya diajar dalam subjek Pendidikan Agama Islam sahaja.

Anak-anak MELAYU sudah lupa nilai2 MELAYU. Saban hari lahir anak-anak MELAYU tanpa bin atau binti. Anak MELAYU yang jantannya leka dengan dunia rempit, syabu dan daun ketum. Yang betinanya, walaupun bertudung, asyik melekap dengan jantan masing2. Tanpa segan silu, tanpa menghiraukan tegahan agama dan adat Melayu.

Pemimpin-pemimpin MELAYU pula terlalu sibuk berpolitik. Yang satu sibuk dengan retorik ketuanan MELAYUnya. Yang satu lagi terlalu menjaga hati dan membela rakan sekapal. Bila diajak bermuzakarah demi kepentingan Melayu dan Islam, ada pula yang melenting. Di katanya parti itu hendak bergabung dengan parti satu lagi.

Wahai MELAYU (kalau masih sudi dipanggil Melayu), tiba masanya untuk bermuzakarah. Bukanlah maksudnya hendak berpadu sebagai satu parti politik. Mari bincang fasal MELAYU. MELAYU semakin mengecil bila mana sebahagiannya telah di"Indonesia"kan. Hanya ada kerajaan MELAYU di Semenanjung dan Brunei. Itulah warisan yang kita ada untuk diperturunkan kepada generasi akan datang. Jangan biarkan ia PUPUS akibat pertelagahan sesama sendiri.

Sunday, February 21, 2010

Mengapa Saya Menyokong TG Hadi Awang?

Pada awal penulisan sy dahulu, sy cenderung untuk menyokong PAS Reform yang mahu mereka yang kelihatan pro-UMNO seperti TGHA, Ust. Nasharudin dan Cikgu Pa disingkirkan. Kami begitu yakin bahawa TGHA ingin mewujudkan perpaduan dengan UMNO. Kami menamakan kumpulan tersebut sebagai "geng perpaduang". Keyakinan kami itu diasaskan melalui perjumpaan secara gelap dengan pemimpin UMNO dan persamaan rentak antara pemimpin2 PAS berkenaan dengan UMNO berhubung beberapa isu. Respon pantas pemimpin2 PAS tersebut terhadap isu kerjasama dengan UMNO mengiyakan andaian kami itu tambahan pula pemimpin2 PAS berkenaan agak lesu dalam memberi respon terhadap isu2 lain seperti kalimah Allah yang menjadi pertelagahan hangat antara YB Khalid dan YB Zul.

Beberapa orang penulis muda telah mengecam "geng perpaduang" yang mereka lihat akan menghancurkan masa hadapan PAS melalui kerjasama dengan UMNO. Beberapa pemimpin PAS dan cendikiawan yang berpandangan serupa telah mempengaruhi ramai orang untuk mempercayai bahawa "geng perpaduang" ini merupakan malapetaka kepada PAS. Hasilnya berlaku keretakan serius dalam kalangan penyokong PAS itu sendiri.

Nada saya berubah 360 darjah, bila mana sy menonton siaran Soal Jawab di TV3. Hujah yang dikemukakan oleh YB Zulkifli Nordin membuatkan saya terfikir akan kebenarannya. Bagi saya kita terlalu berpolitik dan bermusuh dengan UMNO tanpa memikirkan tentang masa hadapan umat Islam di Malaysia. Tergerak hati saya untuk membaca semula penjelasan-penjelasan TG Hadi berhubung kerjasama dengan UMNO dan saya nampak kebijaksanaan dan keikhlasan TG Hadi dalam kerja2 dakwah.

Semasa artikel Permohonan Maaf Buat TG Hadi Awang disiarkan di TKO, ramai yang mengucapkan rasa syukur dan tidak kurang juga yang meragui keikhlasannya. Ada juga yang menganggap saya adalah cybertrooper UMNO yang diupah oleh Tun Faisal. Pada hari ini saya mengambil keputusan untuk menyatakan alasan sebenar saya menyokong TG Hadi Awang berhubung kerjasama dengan UMNO.

1. PAS Reform mengambil kira pengkhiatan UMNO terhadap PAS pada tahun 60-70 an dahulu sebagai alasan kenapa PAS tidak harus bekerjasama dengan UMNO. Namun bagi saya, situasi pada masa itu dengan masa sekarang adalah berbeza. Tahap kefahaman umat Islam Malaysia terhadap agama Islam adalah kurang berbanding sekarang. Ketika itu mereka menganggap bahawa politik dan agama dua perkara berbeza. Begitu banyak perkara2 khurafat yang diamalkan oleh muslim Malaysia. Agak sukar untuk berbicara soal agama dalam keadaan seperti itu. Itu dari segi akidah dan kefahaman Islam.

2. Dari segi kekuatan PAS itu sendiri. Dahulu pengaruh PAS terhad kepada orang2 kampung dan golongan2 lebai sahaja. Sekarang, PAS didokong sama golongan profesional dan anak2 muda pasca reformasi dari berbilang kaum. PAS kini merupakan parti arus perdana yang kukuh untuk diperdayakan oleh UMNO.

3. PAS harus menunjukkan kematangan dalam berpolitik. PAS tidak harus dilihat menutup pintu terhdp UMNO apabila diajak untuk berbincang lebih2 lagi berkaitan dengan agama. Bagi saya, ini peluang terbaik PAS untuk membuka mata publik tentang keupayaan sebenar PAS dalam gerakan dakwah. Pendapat2 daripada tokoh PAS akan lebih mudah didengar oleh publik melalui kerjasama tersebut.

4. Sy nampak usaha TGHA adalah kesinambungan usaha Anwar Ibrahim untuk menambahbaikkan kerajaan melalui pendekatan dakwah. Meskipun ada pendapat yang mengatakan Anwar masuk tong taik, namun pada pandangan saya itulah pengorbanan Anwar yang berjaya menggerakkan dakwah ke dalam masyarakat Islam pada era 80-an dahulu. Melalui sistem pendidikan islam, perbankan islam, penerapan nilai2 islam kepada kakitangan kerajaan serta menggalakkan program2 keagamaan seperti forum perdana ehwal islam dan al-kuliah yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu, telah menyebabkan anjakan paradigma umat Islam terhadap kefahaman Islam.

Memang tidak dapat dinafikan, masih ada lagi saki-baki kejahatan dalam UMNO. Namun demikian, Pak Lah telah membuka ruang untuk gerakan dakwah kembali menular dalam parti itu yang menjadi kerajaan persekutuan ketika ini. Semenjak kehilangan Anwar dalam kerajaan, terasa benar kosongnya pengisian dakwah di dalam kerajaan. Hasilnya, maka terjadilah kebejatan sosial yang semakin meruncing ketika ini.

PAS Reform mungkin beranggapan PAS akan hanya berjaya bila mana dapat menjatuhkan UMNO dan bersama2 Pakatan Rakyat. Tapi tahukah kalian betapa sukarnya menjatuhkan sebuah parti Melayu yang sudah berakar umbi di sanubari umat Melayu itu? Adakah anda pasti, PAS dapat menubuhkan kerajaan yang islamik melalui kerjasama dengan parti2 seperti DAP dan PKR?

Bagi saya, adalah lebih mudah mendakwahkan UMNO daripada menjatuhkannya. Sebab itulah saya katakan, Prof. Harun Din dan TGHA seorang pemimpin Islam yang jauh dan tajam pemikirannya. Sy berterima kasih kepada pengikut setia PAS yang wala' dan memudahkan kerja2 Presiden. Kalian, PAS Reform sebenarnya yang menyusahkan keadaan. Membuatkan PAS berpecah-belah, menyuburkan amalan fitnah dan berburuk sangka.

Friday, February 19, 2010

Gara-gara TAJUK


UMNO mula alami perubahan baik - Hadi - tajuk yang menjadi kemarahan edyesdotcom sehingga kembali berblog. "UG returns!" kata Ali.

Kes liwat Anwar: Hadi selar anggota Parlimen Australia - tajuk yang membuatkan pro-UMNO bersorak riang. "Hadi dah mula sedar siapa Anwar!" kata Versatile dengan seronoknya.


Penyokong PAS resah gelisah dan tidak keruan. Lidah rasmi PAS pun bingkas mengeluarkan artikel bertajuk Utusan Malaysia putar-belit kenyataan Presiden PAS. "Mereka nak laga-lagakan TGHH dengan pemimpin PAS yang lain!" kata wartawan harakahdaily itu. Penyokong PASpun menarik nafas lega.

Dan buat kesekian kali, laungan Boikot Utusan bergema kembali. Hakikatnya adakah benar TGHH langsung tidak mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO alami perubahan baik dan tidak menyokong campur tangan Australia terhadap kehakiman negara? Apakah yang dimaksudkan dengan putar-belit itu?

Sudah sekian lama kita mengenali stail penulisan Utusan Malaysia. Sepatutnya kita tidak perlu lagi melenting dengan tajuk-tajuk sedemikian. Bacalah dahulu sampai habis untuk mengetahui cerita yang sebenar. Utusan Malaysia tetap menyiarkan maksud sebenar TGHH pada bahagian akhir artikel berkenaan seterusnya melenyapkan keraguan. Sekurang-kurangnya, maklumat yang ingin disampaikan boleh dibaca oleh pembaca UM yang lazimnya orang UMNO sendiri.

Saya dah lama boikot Utusan, sebab tu bila Edyes mengamuk2 pasal tajuk Utusan, terpaksalah saya terkial-kial mencari artikel yang dimaksudkan. Dan selepas baca..."wat suspen je Edyes ni tau!"






Siapa Sebenarnya Yang Jumud?



Terkejut juga saya bila membaca tulisan edyesdotcom yang marah2 terhadap TGHH. Edyes tunjuk tajuk pada halaman Utusan Malaysia yang berbunyi, "UMNO mula alami perubahan baik". Marah benar Edyes dengan tajuk Utusan Meloya tu. Saya cuba cari artikel yang dimaksudkan Edyes. Nasib baik Ali Bagan Utama menyertakan link yang dimaksudkan. Secara ringkasnya, TGHH menyatakan begini :

1. UMNO kini melalui satu perubahan yang baik apabila parti itu tidak lagi menganggap agama dan politik sebagai dua perkara berbeza.

2. Perbincangan mengenai perkara asas antara Pas dan UMNO terutama Islam amat penting.

3. Ada perkara yang boleh disatukan untuk kepentingan, keadilan, hak dan kebaikan semua. Walaupun ada persepsi negatif tetapi semua itu boleh dibincang, perkara yang boleh disatukan, boleh diraikan kita perlu bertolak ansur.

4. Sebarang perbezaan pendapat antara Pas dan UMNO tidak lagi boleh dilihat sebagai satu prinsip yang jumud dan tidak boleh dirungkaikan melalui perundingan.

5. Pas bersedia untuk adakan perbincangan dalam perkara yang boleh dirungkaikan, diselesaikan secara bijaksana berpandu kepada prinsip fleksibel seperti di dalam al-Quran.

Saya baca berulang-ulang kali. Saya cuba cari di mana salah dan silapnya kenyataan ini. Mengapa Edyes dan PAS Reform marah sangat2? Masya-Allah, saya telah berburuk sangka kepada seorang tok guru yang berhati suci dan murni. Kasih-sayangnya bukan untuk jemaah PAS semata-mata tetapi kepada umat muslim di Malaysia. Seringkali saya melemparkan tuduhan jumud kepada orang PAS, hari ini membuka mata kepada saya siapa penjumud sebenarnya.

Wednesday, February 17, 2010

Permohonan Maaf Buat TG Hadi Awang

Srikandi mengakui bahawa Srikandi telah tersilap menilai tok guru. Dahulu Srikandi kata tok guru lembab, bodoh, agen UMNO dan tak layak jadi presiden PAS. Srikandi mengakui Srikandi terlalu tamak dan mahu PAS cepat berkuasa.

Baru sekarang Srikandi mengerti maksud tok guru. Tentang majoriti melayu muslim di parlimen, tentang kerjasama dengan UMNO, tentang "biar PAS kalah asal Islam menang". Sememangnya Srikandi terlalu bodoh untuk menilai berbanding tok guru yang sudah lali dengan sepak terajang politik.

Srikandi mengerti kini kenapa tok guru sentiasa diam bila dihentam kiri dan kanan. Tok guru tak mahu menghuru-harakan keadaan. Tok guru tak mahu PAS berpecah-belah semata2 mahu menegakkan pendirian tok guru. Dan Allah maha Mengetahui, meskipun tok guru diam, dibukakan hati kami sedikit demi sedikit untuk menerima kebenaran.

Bahawa untuk menegakkan negara Islam di bumi tercinta ini adalah melalui penyatuan orang2 Melayu yang merupakan majoriti umat Islam di Malaysia. Bukannya melalui kerjasama dengan parti yang tidak rela dengan negara Islam. Sokongan daripada kaum lain akan hadir sendiri bila mana mereka lihat tentang kecantikan pemerintahan Islam itu sendiri.

Srikandi menyesali keterlanjuran dan kebiadapan Srikandi sebelum ini. Maafkanlah Srikandi yang tidak mengerti ini. Teruslah usaha murni mu itu. Srikandi akan sentiasa menyokong tok guru.

Tuesday, February 16, 2010

Lebih Teruk Drp. JK Disiplin PAS!

Sekurang2nya, YB Khalid Samad diberi peluang membela diri. Sekurang2nya, YB Hassan Ali yang bertelagah dengan cina DAP Selangor hanya diberi amaran sahaja. Tetapi, YB Zulkifli Nordin seolah2 dinafikan hak untuk membela diri apabila parti memutuskan bahawa Lembaga Disiplin akan bersidang pada 18 Feb, dengan tarikh alternatif pada 23 Feb. Sedangkan pada tempoh masa berkenaan YB Zul perlu menghadiri program International Leadership Conference di Korea bersama beberapa Ahli Parlimen lain.

PAS lebih bersikap terbuka apabila tidak mengenakan apa-apa tindakan terhadap Prof. Harun Din yang menyertai demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah oleh Kristian dan menyatakan bahawa mereka yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh Kristian sebagai kufur. Sebaliknya PKR sebuah parti yang dikuasai Melayu-Islam hendak mengenakan tindakan disiplin kepada YB Zul kerana berpendirian sama seperti Prof. Harun Din itu.

JK Disiplin PAS lebih telus apabila memanggil kedua2 pihak bertelagah iaitu YB Khalid Samad dan YB Hassan Ali dan menjatuhkan hukuman kepada kedua2nya. Sedangkan Lembaga Disiplin PKR hanya mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada YB Zul, YB Zahrain dan YB Tan Tee Beng sahaja, dan tidak kepada YB Wee Choo Keong dan Datuk Zaid Ibrahim tidak diberi notis.

Pemimpin PAS lebih profesional kerana tidak menjatuhkan hukuman mendahului perbicaraan. Sedangkan pemimpin PKR seperti YB Azmin Ali, YB Tian Chua, Zaid Ibrahim dan lain-lain telah terlebih dahulu menggelarkan YB Zul pelampau dan mahu dia dipecat. Melihat situasi ini, kita percaya YB Zul tidak akan mendapat keadilan. Parti Keadilan Rakyat hanya gah pada nama. Hakikatnya, mereka sama sahaja seperti parti senior mereka iaitu UMNO. Hilang sudah keterbukaan dan kebebasan bersuara. Hanya ada satu aliran dalam PKR. Yang menentang arus akan dicantas.

Kepada YB Zul, teruskan perjuangan membela Islam. Kalau susah untuk membela Islam dari dalam PKR, sertailah parti PAS dan istiqamahlah dalam membentuk sebuah negara Islam di bumi tercinta ini.

Sunday, February 14, 2010

Nama Allah VS Hukum Allah



Sumber : http://g-82.blogspot.com/

UMNO YANG BACUL


Mengada-ngada! Masa Hj Hadi dan juak2 dia cakap pasal perpaduan, bukan main terhegeh-hegeh korang ajak berbincang. Sekarang, bila Nik Aziz ajak bermuzakarah, macam-macam alasan korang ye. Tak ikhlaslah, berdolak-dalihlah, tak tetap pendirianlah.

Tak payah cakap banyaklah. Kalau korang betul-betul ikhlas nak selesaikan masalah Melayu dan Islam, korang kena cepat2 bertindak mengatur pertemuan dengan PAS. Merajuk lah tu konon-konon. Mengaku je lah, yang korang tu takut kat Nik Aziz. Korang tak dapat nak auta Nik Aziz. Berbincang dengan Nik Aziz tak mendatangkan keuntungan politik kat korang.

Munafik!

Saturday, February 6, 2010

Kisah Ujang dan Atoknya



Atok : "Eh jap-jap. Jang, K Y Jelly tu apobondo eh?"

Ujang : "Ese pun tak tahu nak mengoba 'an kek atuk. Dio macam minyak rambut"

Atok : "Nak merogol orang pun kono pakai minyak rambut. Apo nak jadi dengan orang zaman sekarang. Nak tunjuk hensem bilo buek jahat"

Ujang : "Bukan macam tu tuk. Ala dio macam minyak pelincir keto"

Atok : "Bingai, nak merogol pun pakai minyak pelincir keto ko. Apo kejadah eh. Hilang akal ko"

Ujang : "Tuk ni jantan rogol jantan tuk. Dio tak samo. Dio memang pakai pelincir"

Atok : "Uiks! yo ko? Mano lobang dio pakai?"

Ujang : "Lubang hidung"

Pangggg !!!

Sumber : Ali Bagan Utama



Lu, Suburkan Islam - Wa, Persepsi pengundi






Maka berkatalah si pencari syurga :


Kenapa akhir2 ini.. terdapat seperti Dua puak yang menyokong PAS..
satu team.. suh reform utk meraih undi Pengundi..
satu Team.. byk cacat cela , tapi ingin menyuburkan ISLAM di semua sanubari pengundi..

aku pikir2.. inilah perbezaan dasar ideologi masing2..

Team 1.
-Oleh kerana nak menang, kita harus ikut persepsi pengundi, jgn pandang remeh persepsi pengundi, kena adil ikut persepsi pengundi, kena bijak ikut persepsi pengundi..


Team 2:
-Kita memang berjuang dlm demokrasi tetapi Mahu ISLAM juga disuburkan, kalau menang tetapi dengan berlapang dada dgn idea sekular, mana keunikan Dasar PAS??
-Mahu mendidik supaya ISLAM tetap dasar no 1, praktikal, pendekatan dan cara strategi..


So.. tak heran laa.. ada dua puak... idealogi pun dah berbeza..

Rumusan :

1. Si pencari syurga telah mengakui wujud perpecahan dalam PAS seperti katanya Team 1 dan Team 2.

2. Team 1 mahu PAS cakna kepada persepsi pengundi sebab persepsi pengundi terhadap kepimpinan TG Nik Aziz lah yang mengekalkan PAS di Kelantan.

3. Team 2 pula mahu menyuburkan ISLAM dan tidak mahu berlapang dada dengan sekular contohnya :

a) Mengadakan pertemuan sulit dengan UMNO selepas pilihanraya, walhal berkempen bersama2 PKR dan DAP sebelum pilihanraya.

b) Menjatuhkan hukuman lebih berat kepada Khalid Samad yang dianggap sekular apabila mendedahkan rahsia parti yang mendapat penajaan dari syarikat air Selangor dan meringankan hukuman kepada Hassan Ali yang dianggap mahu menyuburkan ISLAM melalui perjumpaan bersama blogger UMNO.

Thursday, February 4, 2010

Mari Menyusah Jamaah Untuk Negara Islam

Makin sombong lagaknya orang PAS ini selepas menghukum Khalid Samad. Patutlah eadysdotcom merajuk dibuatnya. Bila ditegur, kita pula dijerkahnya. "Jangan masuk campur urusan parti", "Kalau tak setuju dengan cara PAS, buat parti baru sahaja", begitulah sinisnya sindiran mereka bila kita cuba menegur. Namun, PAS Reform tidak boleh mengalah. Biar dinista dan dihina, perjuangan kita untuk melihat tertegaknya negara Islam di Malaysia harus diteruskan. Petikan berikut saya ambil daripada blog xenan untuk renungan bersama.


Dalam Blog TITM ayat terakhir nya berbunyi "Ingatlah, kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah"

Ironiknya,

Pas sebenarnya banyak menyumbang ke arah pembinaan minda kritikal rakyat Malaysia. Semenjak dari zaman "kepimpinan Ulamak", Rakyat Malaysia di ajak untuk bersifat kritikal atas UMNO dan berpegang pada prinsip "Yang Benar Tetap Benar, Yang Salah Tetap Salah".

Maka di kempenkan budaya anti MSM, budaya mencari fakta, budaya "read between line" dan budaya kritikal terhadap pimpinan negara(UMNO).

PAS dengan bangganya turut membudayakan desakan dan demo sebagai senjata demokrasi untuk mencapai Hasrat Rakyat.People Power!

Gua sendiri adalah hasil dari didikan ini.And Gua proud of it!

Malang beribu kali malang, rupa - rupanya budaya ini khas untuk UMNO sahaja nampaknya. Kalau untuk pimpinan sendiri pil Wala' pula yang di suapkan.

Jika ada bantahan hendaklah disalurkan pada saluran dalaman.Jika tiada perubahan hendaklah bersabar kerana pimpinan Ulamak lebih tahu.Ape la jadah.

Kenapa double standard?Kenapa tidak juga bersifat sama pada semua pihak malah marah pula pada rakyat hasil didikan PAS yang bersifat seperti saranan PAS?

Gua ingatkan sekali lagi, tinggi nya PAS dimata rakyat hanya kerana Islam dan kebenaran bukan kerana Pimpinan!

Masalah Kenyataan TITM Kepada Cita Cita Negara Islam.

Pas adalah satu satunya parti yg menyeru ke arah pembentukan Negara berciri Islam secara rasmi.

Pembentukan ini telah dipersetujui akan melalui proses demokrasi yang mana hanya tercapai bila PAS di undi Rakyat majoriti.

Dalam Proses demokrasi, sudah tentu prinsip, idealism dan pimpinan PAS akan dibahas secara terbuka.Positive dan negative PAS akan di bentangkan sama ada jemaah PAS suka atau tidak.Tiada saluran dalaman untuk memuji atau mengkritik PAS di mata RAKYAT atas prinsip demokrasi.

Ada 2 consequence atas Sifat Kenyataan TITM

1. PAS sampai bila pon tak akan berjaya mencapai Seruan fasal 5.Kerana hanya jemaah PAS sahaja yang dibenarkan bersetuju dengan PAS.Rayat TIDAK!

Macam mana nak sokong kalau semua kritikan terhadap kesalahan PAS dianggap menyusah jemaah?

2. Oleh kerana tiada pilihan,mungkin rakyat terpaksa mengundi PAS.Berdasarkan kenyataan TITM, amatlah menakutkan jika PAS memerintah, "Negara berciri Islam" ini akan dipaksakan kepada rakyat sebagaimana UMNO memaksakan "Ketuanan Melayu".Semua penentang akan dilabel "Musuh ISLAM" atau "Penyusah Jemaah"dan diperlakukan apa sahaja atas nama ISLAM.Ini akan membawa fitnah yang lebih besar dan memalukan ISLAM.

TITM, please reform your mind before its too late!

Wednesday, February 3, 2010

Monday, February 1, 2010

Pantun Cina vs Pantun Melayu



Jacky :

ZULKIFLI

Zulkifli Zulkifli Dipupuk Seorang MP
Suka Timbul Isu Mencari Populariti
Personalliti Lebih Penting Daripada Parti
Perkauman Membatas Mentaliti

PKR Sudah Bergerak Menjadi PR
... Rakyat Memilih Multilateralisme
Satu Hadapan Cahaya Malaysia
Jangan Terkongkong Dalam Feudalisme

Sedarlah Saudara Zulkifli
Kalau Gerakan Tidak Sejajar Dengan Realiti
Keluar Parti Lebih Sesuai
Nasib Tergantung Kepada Diri Sendiri


1nama :

Bukan niatnya mengadu-domba
Sekadar menjaga kesucian agama

Demi akidah anak bangsa

Kalimah Allah harus dipelihara

Zulkifli pejuang agama dan bangsa

Melayu dan Islam usah diperlekehkan

Jangan kita cetuskan sengketa

Saling hormati kekalkan kerukunan


Jacky :

Pejuang agama, bangsa dan negara

Ikut peraturan mendapat kehormatan

Maruah parti tetap di bawah kawalan
Perpaduan PR rakyat harapkan.


Disiplin parti semua ahli patuhi

Isu Zulkifli menjadi pengerti
Kekuatan PR penyokong ingini

Hati orang ramai tetap dihormati

1nama :

Tiada salahnya tindakan Zulkifli

Harap semua dapat mengerti

Bukan dia mencetuskan api

Membela nasib bangsa sendiri

Zulkifli peguam bijak bestari

Keluhuran perlembagaan usah dicemari

Laporan polis tidak menyalahi
Demi menjaga maruah diri

Jacky :

Prinsip diri tetap dipuji

Fakta akan menjadi bukti

Kalau tak salah minta dikaji

Semua bersandar badan disiplin


Semua keputusan adil dan suci

Undang2 dan Aturan disanjung tinggi
Zulkifli seorang peguam ahli

Pandainya membela diri sendiri

1 nama :

Zulkifli membela bersandarkan hujah

Sayang kepada agama dan nusa

Usah melatah usah gelisah
Perbezaan pendapat perkara biasa



(Jacky Yap HQ adalah rakan facebook 1 nama.)